Friday, December 20, 2013

Educamp UTP Jan Intake 2014~!

Assalamualaikum!

Hari Ahad haritu, aku pergi educamp utp dekat Tronoh. Sangat best! Jumpa kawan baru, dapat  pengalaman baru dan soooo happy!

Pagi tu, masa pendaftaran, mata ni asyik menilau je tengok hero-hero hensem. hoho. Ramai orang tak? Hmm ... bagi aku takde lah ramai sangat seperti mana yang aku bayangkan. Just ramai, tapi biasa je. Tak lah terlalu ramai. Aku nak terangkan pun tak reti. Rasanya dalam 400 lebih, maybe. Untuk satu haritu je lah. Kalau campur dengan hari-hari lain, mana tak beribu.

Then, masuk dewan untuk dengar taklimat berkenaan dengan utp dan interview ni. Kat sini, aku dapat kawan baru, Ainul Husna. She's so awesome! Dia peramah, baik, rendah diri, jujur, dan best! Dia cerita yang dia baru je balik dari bercuti, lepas tu balik rumah kejap, then terus datang Tronoh. woo. Sampai sini pun petang Sabtu, seingat aku. Bila aku tanya dia bercuti kat mana, ..... woa! Gempak! New Zealand cik kak oii, ko mampu? hoho.  Dia cakap, ayah dia dah lama kumpul duit nak pergi bercuti, jadi diorang pergilah. Mak ayah dia pun baik meh! Tapi kan, disebabkan diorang balik awal dari New Zealand tu, ayah dia kena bayar denda sebab ayah dia dah booked ticket untuk hari lain. Rugi~!

Aku lupa nak cakap, aku dapat kumpulan B. Aku punya interview waktu pagi, lepas kumpulan A. So, kumpulan A dan B kena naik bas lepas taklimat tu untuk ke blok B. First, aku masuk waiting room dulu, tunggu group A habis interview. Kemudian, masuk satu lagi bilik untuk pembahagian kumpulan. Ikut suka hati je nak masuk kumpulan mana, asalkan gender balanced. Pehtu, dapat study case which is 'Jammed Up'.

Semua orang dapat topic sama. Tugasan kami cuma kena cari 'ways to reduce traffic jam', atau lebih tepat just hurai ja isi yang dia bagi dekat kita dan tambah isi kita sendiri (lagi baik). Tapi 'ways' setiap ahli kumpulan berbeza mengikut kad yang kita dapat.

Study case tu cuma sehelai kertas, tapi dua muka surat. Pahe kan? Muka surat depan, semua sama ja dengan orang lain. Dia tulis pasal tajuk, latar belakang tajuk dan tugasan yang kita kena buat. Muka surat belakang, dia ada tulis Kad A (contoh) . Dia ada Kad A, B, C dan D. Satu group akan ada lima orang, tapi Kad cuma ada 4 jenis. So, Kad A akan ada dua, tapi dibezakan ikut kaler.

Lepas perkataan "Kad" tu, dia ada bagi beberapa isi untuk kita. Kita kena hurai isi tu supaya isi tu lebih kuat. Ikut suka la nak ambil berapa isi pun. Kemudian bawah tu pulak ada 'recommendation'. Kita kena nyatakan sama ada setuju ke tak dengan 'recommendation' tu.

Kami diberi masa selama 10 minit untuk fikir dan hurai. Kalau tak faham soalan atau isi-isi yang dia bagi atau apa-apa je, just tanya kakak-kakak faci. They'll help you so much. Tapi, seriously aku tak paham benda apa yang aku kena buat walaupun kakak tu dah bagitahu berkali-kali. =.=' . Jadi aku buat huraian ja untuk beberapa isi.

Kemudian, beberapa kumpulan akan dipanggil untuk ke waiting room, prepare for the interview. Group aku, nama je kumpulan 30, tapi antara kumpulan pertama jugak yang kena panggil. Setiap group duduk dalam satu lajur. Then, setiap ahli kumpulan akan dipanggil secara individu. Giliran ahli kumpulan ditentukan oleh kad yang ada dekat study case kita. A no. 1, B no. 2 and so on. Untuk kumpulan aku, Ainul nombor 1 (A), Azid nombor 2 (B), Soleh nombor 3 (C), aku nombor 4 (D) dan Amirul nombor 5 (A).

Masa interview individu, kita sepatutnya cerita jugak tentang study case kita. Tapi, group kami, interviewer tu tak tanya pun pasal study case. Ada satu group tu pulak, interviewer tanya tajuk study case je. Group lain tak tahulah.

Masa interview individu tu, interviewer tanya pasal diri, future plan, kekuatan diri, kelemahan diri, sumbangan kepada sekolah dan apa sumbangan yang boleh aku buat untuk utp. macam tu la. Interview aku paling sekejap sekali sebab aku cakap sikit ja, then, aku senyum, senyap. haha. Itu pasal aku cakap, aku fail.

Orang yang kena paling lama dan paling susah punya soalan ialah Soleh. Dah la dia punya turn sebelum aku. Interviewer tu siap tanya 'kenapa cikgu pilih kamu jadi ketua pengawas?'. Fuh, nak jawab apa doe. Satu lagi soalan yang paling susah bila interviewer tu suruh dia kaitkan angkasawan dengan mechanical engineering. Woo ...
 
 Ainul dengan Azid punya soalan pun just tanya lebih kurang macam aku je, tapi diorang punya soalan lagi banyak kot. Amirul je, aku tak tahu dia kena tanya apa, since dia last dan aku takut dengan dia. Tapi .... aku rasa bersalah sebab aku tak tunjukkan dia jalan pergi bilik interview tu betul-betul. Sorry!!!

Masa interview kumpulan ... betullah orang cakap macam relaks sikit. Tapi aku rasa, group aku punya interview, relaks gila. Mostly semua tak bantah pun isi orang lain, just accept je, cuma sekali je, Soleh ada pertikai tentang isi Azid. Dan, Soleh menang!Dia  cuma tanya ja, takde la macam berdebat. 

Aku rasa kalau aku masuk group lain, mesti semua bersemangat tengah berdebat [kot!], tapi group kitorang macam cakap-cakap ja. At last, kami semua setuju isi Amirul dan Ainul sebagai the best way. Aku punya part, aku just cakap aku tak setuju dengan 'recommendation' tu, bagi satu point, dan hurai dua tiga ayat. habis! lol. Orang lain bukan main bagi banyak point. Dahla masa interview tu aku gelak gedik banyak kali, arghh... memalukan! Oh ya, masa nak tunggu interview kumpulan la baru aku paham aku kena buat apa.

[Btw, interview kumpulan ni senang ja. Duduk dalam kumpulan, cakap tentang isi masing-masing, kemudian pilih isi yang paling baik. Semasa ahli kumpulan tengah cakap pasal ini dia, ahli lain boleh je tanya apa-apa dekat dia untuk memastikan isi dia betul-betul isi yang terbaik [yang ni, pendapat aku je la]. Tapi, kita juga  dinasihatkan untuk menerima pendapat orang lain. Interviewer tu cuma akan perhati kita ja, pastu habis!]

Lepas interview kumpulan, kami pergi makan. Then ambik test komputer apa entah. Test tu just pasal diri kita. Macam ambil ujian cita-cita dekat cikgu kaunselor tu. Contoh soalan "Saya seorang yang berani!". Contoh jawapan : 1 (Strongly agree), 2 (agree), 3 (In between), 4 (disagree), dan 5 (strongly disagree). Dalam satu page, akan ada 4 atau 5 soalan macam tu. Kalau korang click pilihan jawapan yang sama dalam satu page, soalan tu akan ditanya lagi untuk page yang seterusnya. Tapi, pilihan jawapan dia lain sikit dari tadi. 1. (more like me),  2(less like me). Pilihan jawapan ni, based kepada berapa soalan yang korang pilih jawapan yang sama. Kalau ada dua, cuma dua pilihan jawapan yang keluar. Kalau ada tiga, tigalah. and so on.

Then, balik!

Nervous ? hmm ...  masa sebelum pergi educamp, agak nervous la. Tapi, lepas pendaftaran tu, takda lah nervous sangat. Mungkin sebab aku cuma pergi semata-mata untuk cari pengalaman dan mungkin sebab aku ada doa supaya hati aku ditenangkan masa educamp ni (supaya aku tak buat benda-benda yang memalukan diri sendiri). Mak aku pun cakap just pergi cari pengalaman. so kalau tak dapat pun, tak payah la buat drama. Lagipun, kalau aku fail nanti, orang bukan boleh cakap aku teruk, kan? UTP kan untuk student-student terpilih je. hoho.

Oh ya, educamp ni memang kena cakap English. Masa interview la. Masa-masa lain, ikut suka hati la nak sembang dalam bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Kak-kak faci pun cakap bahasa Melayu ja, tapi ada jugak cakap omputih.

Yang aku tak boleh blah, masa aku naik bas nak pergi jawab test komputer tu. kalau tak salah la. Ada dua orang budak laki yang duduk dekat belakang aku dengan Ainul. Sorang Cina, dan sorang lagi Melayu ... kot. Budak Cina ni peramah orangnya, dia tanya macam-macam dekat budak Melayu ni. Dia tanya masa interview tadi interviewer tanya apa, sekolah dengan rumah dekat ke tak. -itu je yang aku ingat-. Budak Melayu pula bolehlah tahan peramahnya. Dia pun jawablah semua benda tu, pastu ada jugak tanya-tanya budak Cina tu balik. Tapi masalahnya diorang sembang macam ayam dengan itik. Budak Cina cakap English, budak Melayu balas Melayu. haha. Lawak gila. Tapi, dah masing-masing paham, ok la.

Btw, aku jumpa senior aku. hoho. dia pun jadi faci jugak. Tapi, aku kenal muka je la, nama tak kenal pun.

Thank you to all my friends yang doakan aku. Terima kasih sangat-sangat. Thanks Faiz sebab tolong cari maklumat-maklumat tu. Thanks Lina sebab bagi kami riak dekat hampa dan for your support. Thanks Auni sebab wish me good luck, dan ... bagi kami harapan. haha. Sorry Gayah sebab kami tak bagitau hampa dan terima kasih sebab habiskan kredit awak. Thanks Aishah, Syada, Mea, Insyirah, Mizah, Tasneem  dan semua yang tahu kami pergi educamp dan semua yang jelly tu. Sorry kalau kami tak mention nama hampa.

Thanks sangat-sangat kepada Ainul Husna, Azid, Soleh dan Amirul sebab sudi bekerjasama dengan budak annoying ni. *bajet*  

A very big thanks to Mila Una sebab dialah yang bagitahu Educamp ni merupakan interview. Walaupun I letak nama you yang paling last, but you la yang menyebabkan I pergi educamp ni (maksud kami, kalau kami tak tahu educamp ni interview, kami tak pergi punya) *sila kecut balik* dan orang pertama yang bagi support dan nasihat! Thank you so much~!!!


Thanks for reading!

credit : google


p/s: 1. aku tahu aku suka ulang benda yang sama.
       2.Sebenarnya entri first yang aku buat, panjang gila kot. Tapi nanti bosan pulak, kan? Jadi aku taip la sekali lagi.
      3. Kalau rasa aku sesuai masuk utp dan sesuai dengan bidang yang aku apply tu, doa-doakanlah.

2 comments:

  1. pertama sekali.. this is a looooong post XD

    kedua.. untunglaaaa dah ada pengalaman nanti tak kecut sangat nak interview

    ketiga.. sorry sebab kami yang habaq kat gayah sebab dia tanya hampa pi dak kenduri abang kami pahtu kami kata 'kan dia pi interview utp'.. pahtu kami baru sedaq dia tak tau pahtu kami kami sedaq kami dah bocorkan your rahsia heeeee jangan marah saya :D

    ReplyDelete
  2. pertama : ni dah sederhana dah la ni.

    kedua : eleh, konon ja ada pengalaman. tapi nanti pergi interview tempat lain, kecut jugak. mcm kita buat presentation tu.

    ketiga : kami memang nak suruh hampa bagitau kat dia. kami minta maaf tu sebab kami tak bagitau kat dia secara langsung.

    ReplyDelete