Thursday, December 19, 2013

Kim Ji Hoon bunuh diri?

Assalamualaikum ~!

Petang tadi aku ade la bukak satu laman web surat khabar ni. Aku nak check pasal peraduan yang aku masuk tu. Tapi, tak de pun! Awal sangat-sangat-sangat aku check.

Kemudian, aku pun baca je lah apa yang ada dekat situ. Baca pasal yang mayat rentung tu, lepas tu menang pingat emas la, dan macam-macam lagi lah.

Bila tengok bahagian hiburan, aku terkejut bila baca ' Bunuh diri, Kim Ji-hoon tertekan '. Walaupun pada hakikatnya aku tak kenal siapa dia, tapi rasa macam pernah dengar nama ni.

Aku pun click je la. Sekali tengok gambar ... 'eh, ni bukan pelakon dalam Flower Boys Next Door tu ke'. Bila baca kat bawah tu, banyak la tulis pasal profile artis Kim Ji-hoon ni, tapi aku tak kesah pun. Aku hanya 'ooo' je.

credit : google

Rasa macam kesian sangat artis ni bunuh diri. Rasa macam nak nangis pun ada bila baca macam mana dia meninggal. Arghhh~!Lagi rasa sedih sebab aku pernah kenal dia.

Tapi, disebabkan aku tak percaya dengan berita ni, aku search la dekat google. And, guess what? Rupanya artis lain yang meninggal, bukan dia! Nama ja sama. Fuh! Tapi, aku still rasa macam kesian sangat kat artis yang bunuh diri ni. Kisah hidup dia macam sedih la.

Dalam entri ni, aku sebenarnya nak luahkan betapa tak puas hatinya aku terhadap penulis berita tersebut sebab dia letak gambar yang salah. Kan dah boleh jadi salah faham macam ni.

Oleh sebab itu, saya harap semua penulis dapat membuat kajian dengan lebih terperinci dahulu sebelum menulis satu-satu berita supaya tak adalah berlaku salah faham begini. (eh, ada kaitan ke?)

Terima kasih~!

2 comments:

  1. hahaha...peraduan cari beza gambo kan?..heh ayat last tu macam ayat kesimpulan dlm bm

    ReplyDelete
  2. eh, ko ni kalut je la. Mentang-mentang la dia yang byk tolong. Weyh, doa byk-byk bagi menang! haha..

    dah nama pun ending, haruslah buat ayat kesimpulan.

    ReplyDelete