Tuesday, January 7, 2014

Besarnya sekolah Kamila!

Assalamualaikum~!


Mesti Kamila kembang + terkejut + hairan bila tengok nama dia kat title ni, kan? haha. Dah dua tahun dia duduk sana, baru sekarang aku nak cakap pasal sekolah dia.

Aku selalu jugak lalu depan sekolah dia. Cuma tak pernah masuk ja. Aku ingat sekolah dia ni boleh tahan la jugak besarnya. Ada banyak gelannggang, bagunan besar-besar dan kawasan pulak agak lapang. Takda la tersepit macam sekolah kita tu.

Sebab tu la aku tak jelly sangat dengan Kamila bila dia belajar kat sana. Aku ingat sekolah mrsm sepupu aku tu ja yang besar lebih daripada mrsm-mrsm yang lain. Iyelah, mrsm sepupu aku tu kan mrsm terbaik kat negara ni. *sekarang aku tak tahu la masih lagi mrsm terbaik atau tak*

TAPI ...  itu semua propa semata-mata. Rupanya, kawasan sekolah dia adalah dua kali ganda lebih besar daripada apa yang aku bayangkan. Homaigod~! I perak gila kot masa masuk sekolah dia.

Satu petang ni, aku ikut tok chik aku pergi sekolah Kamila. Dia nak hantar barang dekat Pak Jang Ayie. Wahai cik Kamila, Pak Jang Ayie ni la orang yang kami selalu tanya kat hampa. -eh, kami tak ingat la kami ada tanya hampa ke tak- Dia ni hensem tau! Aku suka gila kat dia, tapi bila dia besar aku dah kurang minat kat dia. Muka dia makin lama makin sama macam muka abang dia. Dahla budak ni budak pandai. Tapi-tapi-tapi Mr. Luq lagi pandai sebab A dia lebih satu daripada bapak saudara aku ni. Tahniah Luq!

Bila aku pergi tu ... aku macam 'Aik! aku ingat sekolah dia kat tempat lain... selama ni aku salah tempat ka?'. Setelah lama otak aku konfius, akhirnya datang jugak ilham daripada Allah. Sudah semestinya tempat ni tempat yang sama, tapi  pintu masuk dia ja yang berbeza. Kan?

Then, tok chik aku pergi isi apa entah dekat pondok pengawal tu. Masa tu aku ambil kesempatan untuk memerhati kawasan sekolah dia. Rasa tak puas semacam. Besar gila sekolah ni. Macam U pun boleh tahan. tapi takda lah sebesar U. Masa ni jugak aku baru perasan yang sekolah aku sebesar padang sekolah dia ja. Series beb!

Lepas tu kami pergi asrama dia. Woow!!! *I mean 'wooow' not 'wau'* Ni dah lebih kot. Aku ingat macam asrama sekolah dia ja, rupanya salah sangat-sangat. Daripada apa yang aku nampak ; satu bangunan ialah satu 'hall', setiap 'hall' ada dua tingkat, pastu disusun berderet, dan nama pun gempak-gempak.

'Kaya gila sekolah ni'. Then, tok chik aku cakap 'mak ayah depa yang kaya, mai ambik anak pakai mercedes kot'. *o*

Habis!!!

Aku cuma dapat menilau dekat kawasan tu ja. Tak dapat nak tengok sekolah depa ni secara menyeluruh. Yang aku nampak masa nak balik tu cumalah rumah-rumah warden. Dah la banyak, besar pulak tu. Dari jauh boleh nampak beza rumah warden depa dengan rumah warden kita. Terlalu berbeda!

Benda yang paling aku tak puas hati sangat ialah sekolah saja besar tapi murid lagi sikit dari sekolah kita. Geram betul. Tapi, ye la. Untuk orang-orang bijak pandai saja kan, sekolah kita kan untuk budak-budak sederhana gitu. hoho~! Apa-apa pun aku mengharapkan impian cikgu-cikgu kita akan tercapai tahun ni. Aminnn!

Sekian, terima kasih!

perpustakaan unimap 
Kamila, perpustakaan yang kami kata cantik tu perpuatakaan ni la. Kami nak tunjuk gambar perpustakaan dia dari dalam, tapi pak cik google tak de la. Kalau perpustakaan kat utp tu stail cozy sikit (dari luar la) dan betul-betul cantik. tapi yang unimap punya kind of ceria sikit dengan warna-warna cerah, tapi ada jugak la bahagian yang tak 'kanak-kanak riang'. dan yang paling penting.... perpustakaan dia besar! 

Thanks for reading! Thanks for your supports!

sumber gambar : google.

6 comments:

  1. kenapa sekolah kita besaq padang depa ja hahaha pahtu kami terus google gambaq pahtu bangunan daebak gileesss.. btw madi, awak bakal masuk ke tempat yang awesome and seriously I'm sooo excited for you.. nak warning bahawa every single detail hidup kat sana kami akan tanya.. so, brace yourself!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami agak sekolah kita sebesar padang dia sebab padang dia panjang pastu rasa macam muat-muat sekolah kita. hahaha. tapi u mesti tak jelly pun, kan?

      kami pun rasa excited nak pi. pastu kan, bila kami bagitau org lain pasal tu, kami rasa riak sangat. kejamnyaaa. tp, kami takut jugak kalau masa kami pi daftar nanti, dia cakap kami tak boleh masuk pulak. malu kot. tak pun kami tak boleh sambung semester kedua nanti. manalah nak letak muka.

      Lina, nanti doakanlah bagi kami dapat sambung semsester 2 kat sana kalau memang bidang kami tu dan u tu adalah yang terbaik untuk kami. Pastu doa banyak-banyak supaya kami dapat jaga solat kami pastu jaga aurat lagi dan semualah.

      I love you so much! Terima kasih atas dorongan hampa. Terima kasih jugak sebab selama ni hampa sanggup bersabar dengan kerenah kami : annoying la, silent treatment things, cakap tak habis, suka ajak hampa mengarut, tiru perangai hampa, ambik kesempatan atas hampa, suruh belanja la, suka ignore hampa, pastu suka pinjam duit kelas *eh, kami dah bayar semua sekali ke?*, paksa hampa gelak bila kami buat lawak tak jadi, suruh hampa ulang balik benda apa yang hampa cakap, pinjam barang-barang hampa dan so on. banyak jugak rupanya. haha.

      Thank you my friend ... ... ... ... ... ... my bestfriend!

      Delete
    2. untunglaa kan sekolah diorg besorrrr . hehehhe .

      Delete
  2. Yang hall tu nama baru kot. Depa baru pasang. Sapa ayie tu? Mana ampa penah tanya pun.. Btw, awat tak habaq nak masuk utp woihh?!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo .... ayie tu junior hampa la. seingat kami kami cuma tanya ampa kenal junior2 ampa tak.. yg tu je kot. rasanya kami tak pernah tanya pasal dia kat hampa kot..

      Delete