Friday, May 16, 2014

Selamat berjuang.

Assalamualaikum,

Sekarang dah bulan lima. Dan tak lama lagi semua orang akan masuk universiti, matriks dan sekolah balik. Termasuklah diri aku sendiri~! T_T

Alhamdulillah, aku telah berjaya habiskan cuti sebulan aku. Hebat kan? Walaupun kebanyakannya aku habiskan masa dengan perkara-perkara yang tak berguna, namun aku bersyukur sebab aku ada jugak buat benda-benda yang berfaedah.

Menjaga rumah ni pada setiap hari daripada dimasuki pencuri merupakan amalan yang mulia kot. Hanya orang-orang yang professional dan berjiwa kental macam aku je yang boleh buat okeyh. Tu tak termasuk lagi dengan melatih adik-adik untuk buat kerja-kerja rumah dengan cara yang terhandal meskipun mereka sibuk membaca buku di minggu peperiksaan ini. - sibuk sangatlah adik-adikku membaca buku -

Balik kepada tajuk entri ini, sebenarnya aku nak ucapkan selamat belajar dan berjuang kepada kawan-kawan aku yang bakal menyambung pengajian hampa semua tak lupa juga kepada rakan-rakan yang ingin ke dunia pekerjaan. - aku mengadaptasi ayat raja sebenarnya, haha -

Tahniah sebab berjaya masuk tingkatan 6, matrik, universiti-universiti idaman semua dan tak lupa juga tahniah kepada kawan-kawan aku yang akan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan.

Oleh hal yang demikian, aku berharap semua kawan-kawan aku akan berjaya mencapai impian masing-masing. Tiba-tiba ja aku terasa bangga sangat kalau kawan-kawan aku jadi orang-orang yang hebat suatu hari nanti.

Ingat lagi tak kisah pau Syawa? Yang ceritanya Syawa nak bukak kedai pau pastu nanti buat cawangan segala tuh.Kan bagus kalau nanti memang ada franchise. hehe. Walaupun mungkin bukan pau Syawa, tapi asalkan ada franchise yang dimiliki oleh kawan aku pun, aku bangga. Kalau setakat nak bukak satu cawangan pun perlukan modal lebih kurang sejuta, apatah lagi kalau banyak-banyak. fuyooh. kaya tuh.

Tolonglah belajar rajin-rajin ye~! (sebab aku malas nak belajar, jadi hampa semua kenalah tanggung)

Sekian, terima kasih.

Thursday, April 17, 2014

Sekarang baru aku paham.

Assalamualaikum sis semua~!

So, macam mana dengan lesen-lesen kereta dan motor anda? Dah selesai? :D Tahniah kepada semua yang lepas test JPJ dan semua yang pergi menunaikan umrah masa cuti ni. Great job!

Hari ini saya ingin mengumumkan satu pengumuman yang hampa semua dah tau iaitu ...

I'm on my sem break now! woo .. Mohon pura-pura yang hampa semua bau tahu, haha.

Aku ingat nak habiskan masa cuti aku dengan habiskan semua drama korea, sambung tengok WIN dan WINNER, dan baca novel. Ish, lagha sungguh budak nih. Haih .... berubahlah jadi budak baik sikit. Amin... terima kasih doakan.Memang kawan yang baik la hampa semua nih.


Pastu, tak sabar nak pi majlis graduasi! Owh! Sesungguhnya dah lama aku tunggu. Meskipun ya ... majlis graduasi kita takdak lah gempak macam majlis graduasi sekolah lain, tapi tetap bersyukur yang kita ada majlis graduasi. Finally, we are going to graduate!

Tapi bila dah balik ni macam... haih.. nak mula dari mana ni? cerita apa yang best? buku apa nak beli? best ka? hmm... pastu, rasa macam malas ja nak buat semua ni. haha.

Malam, cepatlah menjelma. Aku suka sangat waktu malam. Bila semua budak-budak kena masuk tidoq, ahh ... nikmat. Rasa seronok nak explore semua benda waktu malam. (Well, computer kami kan kat ruang tamu. Kalau masa petang-petang duk bukak drama korea la, lagu omputih la ... haa ... tak tau lah nak rasa apa.) Pastu, rasa macam dunia ini aku yang punya! haha...boleh buat apa saja.

Sekarang ni, barulah aku paham kenapa setiap kali abang aku balik sini, dia selalu tidoq lewat dan pastilah bangun pun lewat. Dulu bukan main mengkritik. Amboih dia ni, hari-hari tidoq lewat, pastu tengah hari baru nak bangun, agak-agak dia duk buat macam ni kot kat U dia. Tapi, la ni, dengan aku-aku terikut sekali. haha.

Ouh ya, satu benda yang kami tak puas hati. Kenapa drama korea sekarang ni dah makin 'kebaratan'? Bencilah. Dulu, part last ja. Sekarang ... fuh. Kekejaman la hampa semua nih. Tolonglah faham yang banyak budak-budak underage macam saya ni yang menonton... T_T

Perkara terakhir yang kami nak kongsikan ialah insya-Allah kami akan habiskan masa cuti ni dengan menjadi salah seorang pelajar yang akan cuba belajar memandu. Dulu, masa mak aku cakap yang aku ni agak penakut sikit sebab aku tak belajar bawak motor, aku sangat menafikannya *dalam hatila*. Aku tak takut pun belajar bawak motor, cuma masalahnya aku takut dengan motor tu *merujuk kepada motorsikal yang digunakan masa aku belajar bawak moto* dan jalan sempit. Pastu aku macam tak tertarik nak belajar sebab motor tu bunyi kuat sangat dan aku asyik kena pusing-pusing. Dan, since aku pernah bawak motorsikal masa aku darjah enam dulu, i know yg aku sebenarnya bukanlah seorang yang penakut.

HOWEVER, bila mak aku tanya aku sama ada aku nak buat lesen kereta ka tak cuti ni, i got nervous. Macam mana aku nak belajar sedangkan aku tak reti bawak? ya la.. most kawan-kawan aku yang pi belajaq kan, dah belatih kat rumah. Aku? Agaknya beginikah kawan-kawan aku rasa nervous bila depa nak pi dengaq ceramah for the first time.

Aku cuma tanya balik 'sapa nak hantaq pulak nanti'. Ya la, mak ayah kami kan kerja, so sapa nak hantaq pi sana kan? kemudian mak i cakap apa ntah. dan ... ya, just ended like that, which mean ..I'm gonna go to learn about driving during this break. Then, I was wondering whether to tell or not.

Dekat perak tu pun ada institut memandu *aku tahu la semua tempat ada institut memandu, tapi yang ni merujuk kepada institut memandu yang diambil oleh senior-senior dan kawan-kawan aku kat situ*, kalau belajaq kat sana lagi senang. ya lah, depa cakap lesen tak lama tunggu, nak belajaq pun senang sebab ada kemudahan. Lagipun mana sempat nak belajaq selama sebulan kat sini. err ... nak bagi tau ka, tak payah? hmm .... tak payahla. >.< Btw, it's turn out that Faiz may be there too! haha.

Weee ... dah habis cerita aku untuk entri kali ni. Doakan aku belajaq baik-baik nanti dan moga segala urusan kita semua dipermudahkan. Dan, kepada kawan-kawan aku yang dapat tawaran masuk universiti terkemuka-terkemuka negara tuh, tahniah korang!

Thanks for reading, Assalamualaikum!

Stay awesome sis! -dicurik dari Pewdiepie~!

Sunday, April 6, 2014

There is always a light around you.

Assalamualaikum!

Hai. How are you guys doing? >.<

Sejak kebelakangan ini, aku rasa aku semakin tak betul. Macam-macam yang ada dekat fikiran aku. Mungkin sebab aku dah habis belajar untuk semester ni [sengaja tulis semata-mata nak bagi nampak yang aku ni budak u], aku rasa bosan. Jadi, aku pun mulalah tambah masalah aku sendiri. Haha. Mungkin jugaklah.

Hari ni sebenarnya aku nak cakap tentang kegembiraan. Kadang-kadang bila aku rasa marah, sedih, kecewa dan segala yang sewaktu dengannya, aku selalu menambah-nambah perasaan aku. Well, memang dari dulu, aku memang suka buat macam tu. Aku kan suka mengungkit-ngungkit.

Sebenarnya, aku sengaja nak menghabiskan masa aku dengan benda-benda alah semua ni. Walaupun pada hakikatnya, banyak benda kat sekeliling aku yang boleh meningkatkan semangat aku. Aku kan drama queen, memang suka sangat menghabiskan masa-masa aku dengan berangan sana sini. Hehe

Aku emo sekejap. Pastu, berangan. Pastu, tidur. Haha. Ya lah, bila aku bercakap, semua orang tak paham. Jadi, lebih baik aku bermonolog dengan diri aku sendiri, kan? Dan ... tolonglah. Aku perlukan novel pada masa ini. Haha. Novel amat diperlukan untuk meningkatkan tahap keberanganan aku.

Eh, sebenarnya aku nak cerita yang walau kat mana pun kita berada, kegembiraan tu sentiasa ada kat sekeliling kita. Cuma tunggu masa yang sesuai ja untuk keluar. So, cheer up people!

-macam tak ada kaitan ja semua nih-

By the way, hari-hari aku kat sini selalu berakhir dengan kegembiraan yang tak dapat aku sangka. Somehow, I hope it will last long. Even just for some days.

Thank you! Bye~!

Sunday, March 9, 2014

Soalan yang paling aku benci!

Assalamualaikum~!

Hoi~!!!

Harini aku nak cerita soalan yang paling aku tak suka  ...

Apakah soalannya ? ... hmm...

Soalan dia .... ... ... ... ... ... ... ... ... ...   :

'hang ni kenapa weyh?'

'ada masalah ka?'

'awat hang diam ja ni?'
Setiap kali aku diam ja, atau tak ada apa-apa perasaan, .... inilah soalan yang mesti orang tanya.

Ye la. Aku kan annoying. Pastu, ayat aku kan macam aneh semacam. So, kekadang tu, kalau boleh, aku tak naklah cakap banyak-banyak.Takdalah orang sebelah aku asyik awkward ja bila sembang dengan aku.

Aku tahulah ... orang sekeliling aku, sebenarnya, risau bila depa tengok aku diam, or what. Tapi ... hah ...

Entahlah...

Yang hairannya, bila aku ada masalah, tak ada pulak orang nak tanya. =,='


Dan

yang paling geram sekali, bila aku jawab 'mana ada apa-apa', mesti depa tak percaya.

Arghhh ... 

Ok ... 

Ye-ye ... aku ada masalah...

Ni lagi satu!

Bila aku tipu, depa percaya. Tapi, bila aku cakap benda yang betul, depa ingat aku main-main....

=..='

la-la-la ... dah-dah, aku tak larat nak mengarut ...

Ok guys~!

Terima kasih!

Selamat menghitung hari~! =D

 


credit to google image~~

Sunday, February 9, 2014

Cakap tak serupa bikin!

Assalamualaikum awak!

Wah, awak gitu. Padahal aku tak pernah pun cakap saya awak, secara serieslah. Bila menggedik tu, banyak kali jugaklah. =.=.. cakap pasal gedik, baru aku tahu yang aku ni gedik. Aku benci sangat tengok pergerakan badan adik aku sebab aku rasa dia gedik. Rupanya aku pun sebijik dengan dia. HOMAIGOD! Sanggup ampa tak bagitau aku yang aku ni gedik... kejam sungguh!

Back to the title atas nuh ... cakap tak serupa bikin. Ingat tak entri last haritu aku cakap ko-ku tu masuk satu or dua je kan? padahal aku azam nak masuk sampai lima kelab, tapi nasiblah join empat JA. Hebat, kan? Azam sampai lima, masuk empat, padahal suruh orang masuk dua ja.

First aku join rukun negara. Acewah, semangat kebangsaan sangat!. Act, masa first pergi Minggu Mesra Kampus, kak dekat booth tu panggil aku dengan kawan aku. Aku sebenarnya dah cakap 'takpalah' , tapi kawan aku pergi masuk booth tu. Aku pun join la. Sekali tengok banner dia, woww... rukun negara! Drama jugak rupanya hidup aku nih! 

Kami pun dengarlah informasi-informasi yang kak tu cakap. Best gak kelab ni. Dapat buat event dengan universiti lain, pastu ... macam macam la. malas la nak cerita semua.So .... yah, we joined it.

Esok tu pulak, kami pergi join kelab Kembara. Kembara ni kelab mengembaralah. Camping, kayak, panjat-panjat dan semualah aktiviti-aktiviti lasak dia. Kelab ni aku join pun sebab ikut kawan coursemate. Lepas kelas ja, semua terus serbu booth kembara.

Then, kami berdua join  FASSA .. Kelab ni kelab budak foundation. Dia uruskan event-event berkaitan budak foundation dan adalah budak-budak sekolah sikit. Pastu, kalau hampa masuk U ni untuk Mei intake ni, kelab ni yang akan uruskan educamp tu. Dan, kalau aku dapat result baik, dan boleh stay sini, dan final exam ni pun ok, dan pass interview, bolehlah aku jadi feci korang untuk MAS nanti. Bolehlah balas dendam. haha.

Pastu, both of us join TEC. Kelab ni baru ja nak start, dan aku sebenarnya tak ingat sangat kelab ni tentang apa. Ok, aku memang tak boleh nak ingat apa-apa tentang TEC. Perkara yang aku ingat, akak tu cakap, booth TEC ni untuk promote event apa entah, dan bukannya nak promosi tentang kelab ni sangat. Kalau tak salah la.

Kesimpulannya, aku tahu aku ni jenis yang memang cakap tak serupa bikin. Dan, aku ni lebih suka ikut orang berbanding be on my own although moto hidup aku *kononnya* be yourself~~ .. konon je la.

Thanks for reading. Nanti pandai-pandailah pilih sendiri nak masuk ko-ku apa anak-anak. Jangan jadi macam mak cik dah la.

^_^ -harini malas nak cari gambar hiasan-

Friday, January 31, 2014

Books!

Assalamualaikum~!

Hai!!! 

Awat la dia ni suka duk hupdate sangat ntah? Well... this is the only cuti yang aku ada. Err .. tolak dengan cuti ambik result nanti dan hujung sem ni, Inysa-Allah. So, please deal with it, keyh.

Entri ni sebenarnya tentang pembelajaran aku kat sini. Tapi aku macam pening .. perkataan 'pembelajaran' dalam English apa eh? Study? Studies? Studying? Learning? Kau ni ... benda simple macam ni pun kau tak tau? Phfttt ... macam manalah kau boleh terlepas pergi sana. Diamlah! =..= Oleh sebab yang demikianlah, aku letak tajuk 'books'. Ada kaitan la tu kan? By the way, I kan bajet retis, so kena la letak tajuk dalam English walaupun English aku .... A. *Amin~!*

So guys, pembelajaran kat sini tak da lah lain sangat dengan pembelajaran kat sekolah. Dekat sini, hampa akan belajar subjek yang berbeza untuk setiap semester. Memandangkan aku ni pelajar dalam bidang Business Information System, aku kena belajar empat subjek untuk semester satu nih : Pre-Calculus, English 1, Business Management dan Principles of Economics.

Susah tak? Macam belajar untuk SPM ke? Okeyh, kalau English 1... belajar pasal English, pastu ada poem, novel, short stories. Pre-Cal ... well ... matematik kan? add math pun matematik jugak kan? Dua lagi subjek tu, pepaham ja lah. Aku kan tak ambil ekonomi masa sekolah dulu, so aku tak tahulah macam mana. Anyway, for subject Chemistry and Physics, engineering student said that dia punya syllabus sama ja macam dulu, cuma tambah-tambah sikit.

Jelly la tengok budak-budak engineering. Boleh masuk lab, ada lab coat lagi, goggle lagi. Buat eksperimen semua. Setiap kali tengok lab, rasa nak masuk sangat. Nak berlagak jadi scientist. Tapi aku tetap bersyukur aku belajar BIS. Kalau tak mesti kelas full dari pagi hingga petang, pehtu kalut-kalut siapkan lab report. *sedapkan hati* 

Dekat sekolah, kita cuma kena pergi kelas je kan? Tapi kat sini siap ada tutorial. Hampa wajib pergi Lecture untuk setiap subjek, dan masa dia adalah tetap. Then, hampa kena pergi tutorial untuk setiap subjek. For tutorial ni, kita ada pilihan untuk pilih group mana kita nak masuk. Dan masa tutorial ni berbeza mengikut group. Ada malam, pagi, tengah hari. Although masa tutorial pun tetap, tapi kita boleh pilih sama ada nak join group yang buat malam atau siang. Tetapi kita kena stick dengan group tu. Bukannya minggu ni pergi group yang tutorial waktu malam, minggu depan pagi plak ... no-no-no. Paham tak ni?

Kelas? Masa lecture, kelas dia besar. Macam hampa pergi dengar ceramah dekat dewan. Tapi masa tutorial, kelas dia kecil ja. Macam kelas kita kat sekolah. Ouh ya, masa tutorial kita selalunya buat latihan dan lecture plak untuk belajar.

Buku? Kalau nak masuk u, just bawak buku catatan. Buku rujukan semua ikut pensyarah sendiri. Kalau dia kata buku A, maka belilah buku A. Takkan nak beli buku B pulak. Dan, sesungguhnya buku rujukan tu mahai~! =.=

About ko-ku, kami tak wajib masuk untuk semester satu ni. Tapikan, kita boleh masuk berapa pun persatuan atau kelab yang kita nak masuk. However, kita mestilah komited dengan kelab kita. So, better masuk satu ja, tapi kalau rasa rajin, masuklah dua.

That's all for this Friday morning. Thanks for reading sis~!

Wednesday, January 29, 2014

My Buddy Group

Assalamualaikum ~!


Haaa ... kan ada update lagi?  Kali ni punya update rasanya paling pendek dan INGATKAN paling gempak sebab ada gambo aku. Punyalah bersemangat nak letak gambo group kami, rupanya ada problem pulak. Maknanya, aku masih lagi jadi budak misteri dalam blog ni ... dalam angan-angan aku la. Tapi, dalam realiti, hampa memang kenal aku ni sapa. -pass- 

Okay kawan-kawanku sekalian, dalam minggu MAS yang lalu, semua budak baru dibahagikan dalam beberepa platoon. Dari huruf A sampailah huruf ... ermm... entah, aku tak tahu lah pulak... H kot. Satu huruf ada 6 kumpulan kecil. Satu kumpulan, aku tak tahulah ada berapa orang. Well, memang lumrah hidup aku untuk tidak mengambil kesah cerita-cerita ni semua. 

Aku dapat kumpulan B2. Happy kot bila tengok screen tu nama aku duduk tempat paling atas sekali walaupun duduk column yang kedua. Aku memang suka top-top ni. Dahla dalam list nama, nama aku paling first sekali untuk alphabet M. Weee ... -Aku tahu kau orang tak nak tahu pun.. tapi aku nak cerita jugak-

Group kami ada 20 orang lebih. Abang Syafiq Nash (salah seorang senior dalam group ni) kata group kami lah yang paling ramai. Tapi yang bestnya, macam yang aku kata dalam entri sebelum ini, group kami lah yang paling besttttt. Orang lain punya group hambar ja. Aku punyalah ingat group orang lain pun happy-happy jugak, rupanya  .... kesiaannn .... Aku bersyukur dapat jadi ahli group ni. =D

First of all, kami ada 3 senior : Abang Syafiq Nash, Kakak Syai dan seorang lagi ialah Abang ... ok, tak ingat nama dia, tapi rasanya Win kot. Dia sebenarnya orang Thailand. Masa first bentuk group tu, dia tak ada, dan rasanya dia ialah orang yang bawak aku menjelajah UTP haritu. Ok, saya duduk dekat belakang sekali dan lewat sikit, jadi tolonglah faham.

Sekarang ni Abang Syafiq Nash tengah cuti, jadi dia tak ada dekat UTP buat masa ni. *tapi hari ni dia ada sini lagi sekali ... lepas MAS haritu dia balik rumah dia, pastu kelmarin dia datang UTP balik* Dan sekarang ni, Abang Faizal jadi ahli group kami sebagai pengganti Abang Shafiq Nash selama dia tak ada kat sini. Dia nilah orang yang selalu marah kitorang masa MAS. hoho. Masa fasilitator bahagian disiplin nak resign kan, aku rasa macam nak menangis pun ada... Depa siap buat babak terharu lagi... Tapi, masa tu aku tak feeling sangat, haha. Cuma sedih bila depa tengah cakap ja.

Perempuan sebenarnya ada sembilan : Aku, Anis, Azrin, Aina, Fazuzu, Nana, Nani, Syafiqah dan Ika. Tengok, aku ingat semua ooo nama ahli buddy aku. Act, satu masa ni, ada dua orang perempuan lagi yang join kami group ni , lepas tu depa hilang... yang tu aku tak ingat nama sapa.

Lelaki : Alif, Athir, Ayman, Harith, Luqman, Schrimad, Suman, Fakhri, Nazim *kalau tak salah* ... ok, dah tak ingat.

Selalunya kalau buat perjumpaan buddyzzz, senior yang join Kak Syai dengan Abang Syafiq Nash. Depa dua best gila kot. Pastu dalam group ni, rasanya Nanalah ahli yang start memulakan perasaan 'seronok' dalam kumpulan ni. Sebab dia banyakk cakap, pastu suka buat lawak. Dia best! Sama macam Nani, tapi Nani masuk group ni lambat sikit sebab hari first tu dia tak dapat hadir. 

Orang yang paling selalu diketawakan ialah Anis. Selalunya asal tengok Anis ja, Abang Shafiq Nash mesti akan kata  'tengok muka ustazah, poker'. Pehtu gelak, then kami pun ikut gelak. Kesian Anis. Ouh, ya, kami semua panggil dia ustazah. Pastu, si Fakhri dipanggil Ustaz  ... jangan duk pikir bukan-bukan plak.

Okayh ... tak tahu apa lagi nak cerita. Aku pun dah lupa. 

Thanks for reading .... nak pergi update lagi. haha... nak sangat kan.


credit picture : google *kenapalah kredit ni penting?!*

tambah lagi : kenapalah entri yg sepatutnya jadi best bertukar jadi bosan ... =..='