Sunday, December 13, 2015

I'm making my calendar~!

Weyh

Aku nak habaq yang aku dah siap buat 'photo calendar' aku untuk tahun depan! Haha.

Aku kebosanan sepanjang cuti ni jadi aku cuba la cari benda-benda yang menarik. Entah macam, aku rasa aku nak buat planner untuk next sem. Dan alang-alang tu aku perlukan kalendar sekali, so aku pun create la my own calendar!

And it's full of LEE HARU ! (semangat curi gambar kat instagram dia) XD

Takdaklah full, tapi gambaq haru la yang paling banyak berbanding orang lain.



OK bye. Berjumpa lagi kita pada waktu yang akan datang. Insya-Allah.

Pesanan penaja : Marilah kita melakukan sesuatu yang bermanfaat di waktu cuti sekolah ini anak-anak.


Assalamualaikum ~~~

Tuesday, September 29, 2015

Iolls Hepi !

Assalamualaikum semua ~!

Sebenarnya dah lama nak update (macam anda kesah kan?) , tapi sebab saya terlalu sibuk melekakan diri dengan dunia yang fana ni, so saya enjoy saja dengan dunia saya.

Namun begitu, apabila hari-hari saya dihabiskan dengan dua puluh empat jam menghadap laptop ni .. bosan lah pulak kan. Maka .. here I am, people. Giving you some pieces of my story. Heee.

So ... here's the story. I went to Ulu Chepur, Ipoh Parade and Plan B. It was during our finals ... while waiting for the last paper.

Sebenarnya Nessy ajak kawan sebilik dia pergi pantai. Tapi kemudiannya, hal ini telah menjadi lebih besar dan lokasi dari pantai telah pun bertukar ke air terjun. Malam tu masa Nessy ajak aku join, aku kata ok lah. Walaupun hakikatnya aku takut sikit nak pi. Ayaq terjun deraiih kot.

Pagi tu pulak, aku macam ... kejap nak pergi, kejap tak nak. Lagi-lagi, aku dah tak dak baju nak pakai. Mula-mula aku cakap kat Nessy, aku tak nak pergi, tapi lepas tu ... rasa macam rugi. Maka, saya pun kemas beg, dan dengan tak malunya cakap kat Nessy yang aku nak pergi. Well ... so me la kan, cakap pusing-pusing macam ni.

Rasannya dalam empat kereta kot yang pergi. Aku naik dengan Nessy, Syai dan Ben. Glamour tak nama? Haha. Ok skip. By the weyh, pagi tu Nessy belanja sarapan. Tinkayu Nessy.

Jadi, kami semua bertolak ke Ulu Chepur dalam pukul 9 atau 10 pagi macam tu. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya dekat air terjun Ulu Chepur tu walaupun mula-mula tu macam terlajak sikit. Teknologi zaman sekarang ... hmm..

Masa nak naik cari tempat mandi tu .. penat jugak jalan. Haha. Tapi, yang bestnya, pagi tu tak ada orang. Jadi, boleh main puas-puas tanpa memikirkan masalah-masalah lain. Mula-mula, kami main air ja dulu, kemudian main bola .. pastu dah bosan, tukar jadi truth and dare .. And, it was more bored .. actually. Haha. Sebab memasing tak tau nak tanya soalan apa dan bagi dare yang realistik sikit.

Oh ya, the best part is .. toilet dekat situ amatlah tip top. Air dia kuat dan tempat mandi pun bersih. Gayanya macam baru diinovasikan ja. Tapi, tak pasti sama ada tempat mandi kat tempat kami ja yang macam tu atau memang kat semua port macam tu.

Lepas dah habis mandi, kami jenjalan ke Ipoh Parade. Sebenarnya kami tak rancang pun nak pergi situ, ingat nak balik terus. Tapi, sebab ada kawan yang nak pergi karok dan ada janji temu dengan orang kat situ, jadi kami ikut ja la. Orang-orang yang tak ada duit ni pergi menilau kejap kat situ.

Lepas dah solat dan bosan, kami rancang untuk balik dan cari kedai makan dalam perjalanan pulang tu. Sebelum tu, saya nak cerita yang saya terkejut bila pergi solat kat situ. Semua sejadah dihampar dengan tersusunnya dan lipatan telekung dah diletak di tepi sejadah siap dibungkus lagi. Tapi tadi nampak notice tak bagi guna surau. Ingatkan tengah construction. Haa... kantoi kan aku langgar peraturan?

Saya pun betul-betul bangga dengan surau kat situ. Bagusnya facilities yang diberikan. Tapi, bila dah siap-siap solat semua.. baru tahu.. It was prepared for datin-datin yang ada events kat situ. Opps. Maaf ya. Tak pasal-pasal pekerja surau tu kena tegur dengan one of the datin. Maaf kak.

Selepas itu ... kami pun blah. Pastu, pening kepala pikir nak pi makan kat kedai mana. Mula-mula ingat nak cari restoran biasa ja, tapi lepas tu ... ntahla ... tetiba bincang untuk pergi kedai-kedai terkenal kat ipoh. Namun, banyak cadangan yang terpaksa ditolak sebab kebanyakan kedai bukak waktu malam ja.

Ben pun bagi cadangan pergi Plan B. Maka, bermulalah kisah tragis empat sekawan. Memula, ingatkan  Plan B tu satu kedai ja ... rupanya tidak. It was kind of a tapak of bangunan that consist some shops ... like three to four macam tu. Ada restoren, kedai ice-cream, kedai buku dan kedai gunting rambut. Kat bahagian atas, tak tahulah ada apa.

Mula-mula .. kami bereempat pusing kawasan kejap. Kemudian, cari pintu untuk masuk kedai makan. Haha. Tapi bila masuk .. oh, wait. They have alcohol here. Tapi, sebab kawan-kawan banyak pernah makan kat sini, dan pelayan dia melayu, dan saya nampak muslim cooker kat situ .. it should be okay kan? I mean, kalau tak.. mesti pelayan melayu tu dah tegur kita.

Kemudian ... masa tengok menu. Hmm ... where is the price ? Kenapa tak ada harga ? Kenapa ada nombor-nombor ja? And Ben went to ... 'Tu lah harga dia'. What? Nombor start dengan sepuluh kot, tu pun untuk air ja. Teh O ais ... sepuluh hinggit?

Ok, takpalah. Relakan jiwa. Pikir masak-masak ... pastu rasa macam nak try main dish dia. Sebab dah alang-alang jauh datang, kena la worth it sikit. Tapi, apa yang aku mintak tu ... tak ada. And, the second thing I was attracted is bubur. Macam sedap la kot. Kawan bertiga aku , semuanya order spaghetti ... and it was delicious. My bubur was the most expensive one (kalau tak salah), it was the last meal to arrived, and tak luak pun buburnya. Tak adalah tak sedap sangat ka apa, tapi kepanasannya dan aku rasa tetiba tak ada selera nak makan bubur sebab spaghetti kawan-kawan aku lagi sedap. So, saya take away sajalah.

The most 'exciting' part is bila nak bayar. Nak bayar kat mana ni? Kaunter ke ? Macam biasa, Ben yang akan jawab soalan tu. 'Setahu aku, diorang bayar guna bil. Kena mintak bil ni'. And it was the first time in my life to have that kind of feeling. You know, macam cerita-cerita kat tv ... orang pergi date kat restoran mahal, mintak bil . Kemudian, si pelayan datang bawak bil guna cover hitam tu. Sekali bukak ... mak aiii... Haa... Hambik kau. Sampai seratus lebih. And, sure .. me.. dengan kenkonon mak datinnya, acting like kaya enough la kan , paid the bill. Sebabnya aku baru keluarkan duit ... dan saya ada duit besar dalam dompet saya. Lepas dah bayar tu, terus jadi ahlong. Haha.

Dan ... before kami balik, wajib untuk kami semua melalukan sesi fotografi. Kebanyakan pengunjung yang datang selalunya datang bergambar ja instead of nak cari makan or someting. And, me ... being me ... of course, I have to be the worst photographer ever, even as the model of the picture. Sorry semuanya. Tangan aku memang dasyat sikit, dan ianya pakej dengan 'gaya dan lakonan' sekali.

And .. that's the end of the story.

p/s : Tak tahu kenapa, tapi kalau keluar makan dengan  kawan, tak pernah pun pergi restoran yang tetiba jumpa tepi jalan. Mesti ja kena plan dulu dalam perjalanan tu. Tapi, kalau pi dengan keluarga, selalu ja main redah. Payah la. Kan?


Monday, July 13, 2015

I miss the old you.

Hoi~!

Dah buat persiapan raya belum ? Haha. Ok, saja nak buat kawan-kawanku yang berada di perantauan sana menangis tujuh hari tujuh malam sebab raya kat sana. HAHA.

Ouh ya, kami tak tau kenapa, tapi setiap kali kalau kami tengok gambar dari seorang kawan kami ni, kami rasa jeles gila dan rasa nak menangis sangat-sangat. Punyalah tahap jelly yang punya tak boleh blah. T-T [hint : bukan gambar Auni dan Lina la yang pasti. haha]

              so do I

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear You,

I miss the old you.

Although I can't find any word to describe it, I still want you to know that, I miss the old you.

The one that I loved the most.

Cause sometimes the new me need the old you so much.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cepat teka sapa 'you' tu? haha.

Haritu kan, kami pergi teman kawan kami ni untuk jumpak seorang staff dekat bahagian pejabat apa ntah. And then, kat sebelah tempat staff tu ada la tempat seorang staff lelaki yang muda ni. Pastu kami tengok-tengok la tempat staff lelaki tu. Pastu ternampak frame ni (rasanya hampir sebijik dengan apa yang ada atas meja dia) :
Sweet sampai nak muntah hijau tak ? haha
By the way ... hari ni birthday kawan saya, jangan lupa wish ya anak-anak :D

Have a wonderful day and amazing raya where ever you are.

Happy mengharungi hari-hari terakhir Ramadhan. 



Kawan aku kata antara 10 perkara yang termasuk dalam perbuatan sia-sia ialah berdoa untuk diri sendiri tanpa mendoakan untuk ibu bapa sendiri dan kaum muslimin. Jadi, doa-doakanlah untuk aku juga ya.  Heee ... 

Do know that walaupun kita semua dah membesar dan tak lama lagi  ... insya-Allah ... dah nak masuk ke alam 20-an ... saya masih menunggu reunion kita alang-alang semua masih single. Haha.

Bye semua~~~! Assalamualaikum

p/s: Rasa mcm dah pernah cerita pasal staff tu, tapi .... takpalah. ni season two. >.<

Saturday, July 4, 2015

Old problemo yang tak habis-habis lagi.

Hai bebeh~!

Cuba teka harini hari apa ? 

Sebenarnya, aku rasa aku dah tahu apa yang aku nak belajar selama ni. But, sometimes, I think it's just too late to patah balik and start over again. Aku selalu terpikir macam manalah orang yang dah study separuh jalan, tiba-tiba dia boleh buat keputusan untuk berhenti dan belajar benda lain?

I mean ... wasting kot. Dah penat-penat kau bertungkus lumus dan buang masa dan tenaga kau, kemudian kau berhenti separuh jalan macam tu ja.

Tapi .. well . Kadang, bila kita buat benda yang kita minat dan suka, prestasi kita mungkin jauh lebih baik dan mungkin banyak lagi benda yang boleh kita kecapi berbanding kita study subject yang bukan pilihan kita.

Aku pernah la teringin nak tanya  mak ayah aku boleh tak kalau aku nak berhenti belajar. Haha. Aku rasa macam aku dah banyak kali cakap pasal nak berhenti belajar. Tak adalah stress ka, tak minat sangat ka apa, cuma living as private student ni susah la.

Lagi-lagi bila kau ada banyak kawan yang suka enjoy sana sini. I mean okla .... , aku boleh ja tolak perlawaan depa. Tapi sometimes, terfikir jugak, ni la masa yang ada untuk enjoy kejap. Nanti-nanti dah nak sibuk dengan tugasan, exam dan bla-bla-bla. To make things worst, aku ni jenis orang yang tak sedar diri. Tahu duit tak cukup, menggatal jugak nak ikut berjimba. Mohon sepak masuk longkang.

Okay, back to perenggan atas tadi ... Malangnya, bila aku balik rumah, mak ayah aku selalu jadikan aku 'contoh' kepada adik bongsu aku tu. Kami punya family tak adalah pentingkan sangat education sampai kalau tak dapat A setiap kali exam, kena rotan. Tapi sebab adik saya pemalas sangat untuk belajar, maka bapak saya perlulah menyebut tentang alam universiti, kerja , duit kat adik saya.

Kalau dah macam tu ..  takkan nak kata, "eh abah, ceq rasa ceq nak berhenti belajaq la. Malas la belajaq-belajaq nih.". Kemungkinan bosar, kucing kat rumah aku pun torkojot mendengarnya. Haha.

Ok, dah. Tu ja benda yang aku nak luahkan. Hehe

By tha wayh :

We are not foundie student anymore .. yeah !
Credit to google and our photographer ~!

Thanks for reading schoolmates~! Love yah!

Tuesday, April 28, 2015

#currentmood



Pernah tak kau rasa malas gila nak belajar padahal esok kau ada exam?

Which 'malas' di sini bermaksud kau tak sentuh langsung buku-buku kau ...


Sunday, March 15, 2015

Hai

Assalamualaikum semua~

Bagaimanakah diri kalian di sana? Aku di sini, Alhamdulillah, masih sihat sejahtera. Hoho.

Haritu kan, ada seorang kawan kami ni cerita satu masalah dia kat kami. Sedih sangat cerita dia ni. Kami pun rasa macam nak nangis ja.  Bagi kami, memang besar jugak la masalah dia ni. Tapi, ditakdirkan Allah, masa tu jugak masalah tu selesai. 

Bayangkan ..... Kalau hampa tiba-tiba ada masalah besar, pastu hampa tengah  meluahkan masalah hampa kat kawan hampa ..... dan tiba-tiba jugak masalah tu selesai dalam sekelip mata padahal hampa dua orang tak ambil tindakan apa-apa pun lagi ... perghh .. mesti rasa macam tak percaya gila kan?

Macam tu jugaklah apa yang kami rasa time tu. 

Bila tulis entri ni, kami macam tersedar, tak kiralah berapa besar pun masalah kita, tapi Allah boleh bantu kita dalam sekelip mata ja. [tak reti nak tukar ayat bagi berbunga-bunga sikit. hihi]

Sekian sahaja entri untuk kali ini. Terima kasih semua~! Sebenarnya nak merapu benda lain tapi tak ada idea. Jadi, kami cerita ja la kisah kawan kami ni. XD

hiasan dari google =..=
p/s : Malasnya nak buat kerja sekolah~~~