Tuesday, September 29, 2015

Iolls Hepi !

Assalamualaikum semua ~!

Sebenarnya dah lama nak update (macam anda kesah kan?) , tapi sebab saya terlalu sibuk melekakan diri dengan dunia yang fana ni, so saya enjoy saja dengan dunia saya.

Namun begitu, apabila hari-hari saya dihabiskan dengan dua puluh empat jam menghadap laptop ni .. bosan lah pulak kan. Maka .. here I am, people. Giving you some pieces of my story. Heee.

So ... here's the story. I went to Ulu Chepur, Ipoh Parade and Plan B. It was during our finals ... while waiting for the last paper.

Sebenarnya Nessy ajak kawan sebilik dia pergi pantai. Tapi kemudiannya, hal ini telah menjadi lebih besar dan lokasi dari pantai telah pun bertukar ke air terjun. Malam tu masa Nessy ajak aku join, aku kata ok lah. Walaupun hakikatnya aku takut sikit nak pi. Ayaq terjun deraiih kot.

Pagi tu pulak, aku macam ... kejap nak pergi, kejap tak nak. Lagi-lagi, aku dah tak dak baju nak pakai. Mula-mula aku cakap kat Nessy, aku tak nak pergi, tapi lepas tu ... rasa macam rugi. Maka, saya pun kemas beg, dan dengan tak malunya cakap kat Nessy yang aku nak pergi. Well ... so me la kan, cakap pusing-pusing macam ni.

Rasannya dalam empat kereta kot yang pergi. Aku naik dengan Nessy, Syai dan Ben. Glamour tak nama? Haha. Ok skip. By the weyh, pagi tu Nessy belanja sarapan. Tinkayu Nessy.

Jadi, kami semua bertolak ke Ulu Chepur dalam pukul 9 atau 10 pagi macam tu. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya dekat air terjun Ulu Chepur tu walaupun mula-mula tu macam terlajak sikit. Teknologi zaman sekarang ... hmm..

Masa nak naik cari tempat mandi tu .. penat jugak jalan. Haha. Tapi, yang bestnya, pagi tu tak ada orang. Jadi, boleh main puas-puas tanpa memikirkan masalah-masalah lain. Mula-mula, kami main air ja dulu, kemudian main bola .. pastu dah bosan, tukar jadi truth and dare .. And, it was more bored .. actually. Haha. Sebab memasing tak tau nak tanya soalan apa dan bagi dare yang realistik sikit.

Oh ya, the best part is .. toilet dekat situ amatlah tip top. Air dia kuat dan tempat mandi pun bersih. Gayanya macam baru diinovasikan ja. Tapi, tak pasti sama ada tempat mandi kat tempat kami ja yang macam tu atau memang kat semua port macam tu.

Lepas dah habis mandi, kami jenjalan ke Ipoh Parade. Sebenarnya kami tak rancang pun nak pergi situ, ingat nak balik terus. Tapi, sebab ada kawan yang nak pergi karok dan ada janji temu dengan orang kat situ, jadi kami ikut ja la. Orang-orang yang tak ada duit ni pergi menilau kejap kat situ.

Lepas dah solat dan bosan, kami rancang untuk balik dan cari kedai makan dalam perjalanan pulang tu. Sebelum tu, saya nak cerita yang saya terkejut bila pergi solat kat situ. Semua sejadah dihampar dengan tersusunnya dan lipatan telekung dah diletak di tepi sejadah siap dibungkus lagi. Tapi tadi nampak notice tak bagi guna surau. Ingatkan tengah construction. Haa... kantoi kan aku langgar peraturan?

Saya pun betul-betul bangga dengan surau kat situ. Bagusnya facilities yang diberikan. Tapi, bila dah siap-siap solat semua.. baru tahu.. It was prepared for datin-datin yang ada events kat situ. Opps. Maaf ya. Tak pasal-pasal pekerja surau tu kena tegur dengan one of the datin. Maaf kak.

Selepas itu ... kami pun blah. Pastu, pening kepala pikir nak pi makan kat kedai mana. Mula-mula ingat nak cari restoran biasa ja, tapi lepas tu ... ntahla ... tetiba bincang untuk pergi kedai-kedai terkenal kat ipoh. Namun, banyak cadangan yang terpaksa ditolak sebab kebanyakan kedai bukak waktu malam ja.

Ben pun bagi cadangan pergi Plan B. Maka, bermulalah kisah tragis empat sekawan. Memula, ingatkan  Plan B tu satu kedai ja ... rupanya tidak. It was kind of a tapak of bangunan that consist some shops ... like three to four macam tu. Ada restoren, kedai ice-cream, kedai buku dan kedai gunting rambut. Kat bahagian atas, tak tahulah ada apa.

Mula-mula .. kami bereempat pusing kawasan kejap. Kemudian, cari pintu untuk masuk kedai makan. Haha. Tapi bila masuk .. oh, wait. They have alcohol here. Tapi, sebab kawan-kawan banyak pernah makan kat sini, dan pelayan dia melayu, dan saya nampak muslim cooker kat situ .. it should be okay kan? I mean, kalau tak.. mesti pelayan melayu tu dah tegur kita.

Kemudian ... masa tengok menu. Hmm ... where is the price ? Kenapa tak ada harga ? Kenapa ada nombor-nombor ja? And Ben went to ... 'Tu lah harga dia'. What? Nombor start dengan sepuluh kot, tu pun untuk air ja. Teh O ais ... sepuluh hinggit?

Ok, takpalah. Relakan jiwa. Pikir masak-masak ... pastu rasa macam nak try main dish dia. Sebab dah alang-alang jauh datang, kena la worth it sikit. Tapi, apa yang aku mintak tu ... tak ada. And, the second thing I was attracted is bubur. Macam sedap la kot. Kawan bertiga aku , semuanya order spaghetti ... and it was delicious. My bubur was the most expensive one (kalau tak salah), it was the last meal to arrived, and tak luak pun buburnya. Tak adalah tak sedap sangat ka apa, tapi kepanasannya dan aku rasa tetiba tak ada selera nak makan bubur sebab spaghetti kawan-kawan aku lagi sedap. So, saya take away sajalah.

The most 'exciting' part is bila nak bayar. Nak bayar kat mana ni? Kaunter ke ? Macam biasa, Ben yang akan jawab soalan tu. 'Setahu aku, diorang bayar guna bil. Kena mintak bil ni'. And it was the first time in my life to have that kind of feeling. You know, macam cerita-cerita kat tv ... orang pergi date kat restoran mahal, mintak bil . Kemudian, si pelayan datang bawak bil guna cover hitam tu. Sekali bukak ... mak aiii... Haa... Hambik kau. Sampai seratus lebih. And, sure .. me.. dengan kenkonon mak datinnya, acting like kaya enough la kan , paid the bill. Sebabnya aku baru keluarkan duit ... dan saya ada duit besar dalam dompet saya. Lepas dah bayar tu, terus jadi ahlong. Haha.

Dan ... before kami balik, wajib untuk kami semua melalukan sesi fotografi. Kebanyakan pengunjung yang datang selalunya datang bergambar ja instead of nak cari makan or someting. And, me ... being me ... of course, I have to be the worst photographer ever, even as the model of the picture. Sorry semuanya. Tangan aku memang dasyat sikit, dan ianya pakej dengan 'gaya dan lakonan' sekali.

And .. that's the end of the story.

p/s : Tak tahu kenapa, tapi kalau keluar makan dengan  kawan, tak pernah pun pergi restoran yang tetiba jumpa tepi jalan. Mesti ja kena plan dulu dalam perjalanan tu. Tapi, kalau pi dengan keluarga, selalu ja main redah. Payah la. Kan?