Monday, January 7, 2019

Azam Tahun Baru : Tawar

Assalamualaikum reader =)

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Untuk tahun ini, aku berazam untuk menjadi tawar. InsyaAllah, akan aku cuba sedaya upaya aku untuk buang segala sifat-sifat jahat dalam diri ini, agar tidak pahit seperti dahulu.

I've been really happy tengok friends yang dah dapat kerja, graduasi, sambung belajar, melancong, mengerjakan umrah dan semua nikmat serta kebaikan yang mereka dapat. I'm okay with that.

Tapi bila datang conversation ja, aku tak boleh tahan dari jadi bitter. Maybe due to the fact that aku selalu nak buat lawak hambar yang padahal takda orang gelak pun. Atau the fact yang aku selalu nak menang. 🙊Therefore, I need your support to doakan saya. Syukran jazilan in advance.

Aku berharap agar bisa aku lakukan kebaikan biarpun dalam keterpaksaan atau kepalsuan agar tidak lagi aku menyesal di kemudian hari.


Side story : Rapuhnya Si Aqidah

Aku tak nak buat entri baru jadi aku citer sini. Hehe. Kelmarin aku scroll Twitter, ternampak satu tweet ni yang dia suruh retweet untuk avoid bad luck, atau nanti jadi macam dia (si commenter) . Dalam tweet tu dia letak gambar dia with dahi lebam (bad incident macam tu) sebab tak retweet tweet bad luck tadi. Hati aku pun berdegup kencang ah nak retweet. Astaghfirullah. Dasyat kan? Aku dah la risau pasal aktiviti esok tu (harini), kemudian jumpa benda macam ni ... aku boleh pulak senang senang percaya.

Tak tipu aku katakan, sejak aku tinggal sekolah, rapuh sangat aqidah ini. Lagi-lagi bila kita sudah tidak berguru secara depan-depan. Bila masuk uni, aku macam give up sikit nak mendalami pasal agama disebabkan banyaknya kekhilafan yang wujud antara aku dan kawan-kawan serta guru-guru. Pegi kuliah ni kata begini, kuliah esok kata lain pulak. Ni baru dalam negara, kalau aku gi belajar luar negara ... lagilah celaru. Haha. Aku bukan tak nak belajar ilmu agama, tapi aku sangatlah perlukan buku teks (silibus) dan guru yang boleh mengajar aku bertahun-tahun. Demand pulak kan? Hahahaha.

Jadi, banyaknya kat universiti tu, aku dapat mengembangkan ilmu agama aku dalam pelbagai bahagian dan alhamdulillah ada juga yang dapat ku dalami seperti sirah-sirah Rasul dan sahabat. Tapi tu la, rancak rantingku tumbuh, tanpa sedar akarnya kian rapuh. Mungkin ada yang sakit dan ada juga yang telah lama mati. Tapi, alhamdulillah, Allah beri sahabat-sahabat yang hebat-hebat dan nikmat online pada hari ini. Setiap kali hati ini bertanya 'Benarkah Allah itu wujud?', berbaliklah kita pada jalan kebenaran.

Ok, mari kita solat Isyak ... satgi. XD