Monday, December 23, 2013

Just some update. (useless one)

Assalamualaikum~!


(making this entry less useless)


How you're doing ?

Okay, buat kebelakangan ni, aku mengaku yang aku agak jiwang dan ... hanyut dalam perasaan aku gitu. Hah~~

There are a lot of things going these days. Bored. Laugh. Blossom? Pfhtt~ apa aku mengarut ni, ada ka manusia blossom. Fyi, I'm being emotional today. Wasting my night with some tears. Waktu siang mana boleh, malu la.

I'm watching Who Is Next recently. Baru masuk episode 2 ja pun. lol. Tapi, ni first time aku kena angkat kotak tisu and letak depan komputer. Well, aku kan drama queen gitu. Paham-paham je la. Over penghayatan sangat!!!

Tak lama dulu, aku ada la nampak title 'Team B' dan 'WIN' things, tapi aku macam malas nak ambil kisah. Then, masa aku dengar lagu apa entah, aku ternampak video Team B ni. Aku pun click je la. It's kinda good especially masa intro. Just another boy, just another boy, I'm just another boy, boy, boy~! Hands up yo!

Since I'm being a Korean pop fan, I kind of tend to click some other videos related to the singers. So, I click 'Climax'.  At first, just dengar tanpa perasaan gitu. Kemudian, bila baca komen-komen, I pun beremosi. Mulalah menghayati lirik and so on. pfhtt~! Bermulalah babak air mata selepas itu.

Aku ada la buka episode 1 of WIN semalam. Hanya tengok berapa minit ja, dah nangis. Tau je la perasaan bila kita tahu something yang berlaku in future, and looked to those happy guys ... hoping for their debut through this competition. Menyakitkan! Memandangkan aku lebih terdedah kepada Team B, so aku macam support diorang la. Pastu, benci Team A la, tak suka la, tak fair la. Macam-macam. Tapi, bila tengok episode 1, aku bersyukur Team A menang.

Selain drama tu semua, hidup aku pun agak tak berapa nak betul sekarang ni. Banyak benda nak kena buat. Bilik tak siap kemas lagi. Rumah tak dibersihkan lagi. Malasnya. Pasal kerja pun entah ke mana. I hate that part! Lesen? Hmm... Kena tangguh kejap rasanya. Nak ambil nanti je la. Fikiran pun selalu melayang sekarang ni. Arghh! Perlukan pertolongan dalam hal ni. Tolonglah betulkan otak aku ni.

That's all for now. Thanks for wasting your time here. Love you!

-I love being emo, but Auni is right. Kita mudah dipengaruh bila kita hanyut dengan perasaan kita sendiri-

Saturday, December 21, 2013

5 to 7 years~!

Assalamualaikum!

Hari ini aku nak kongsi satu lagu dari Alexander Rybak which is 5 to 7 years~!

credit : google

Seriously lama aku tak dengar lagu dia. Masa aku dengar lagu siapa entah, tetiba nampak lagu dia. Walaupun dah dua bulan release, tapi baru aku tahu kehadiran lagu ni. Sorry Alexander!

Bagi aku lagu ni best jugak la. Almaklumlah, muka dia pun boleh tahan. Suara pun sedap. Lagu ni pun kena dengan taste aku jugak. Part yang paling aku suka pasal lagu ni ialah lirik dia. Awesome~! Seronok sangat bila diorang tulis lirik lagu tu dekat description, tak payah nak search lagi.

Selama ni aku asyik dengar lagu dia yang bahasa apa dia nyanyi pun aku tak tahu, tapi kali ni dapet jugak nak dengar lagu Inggeris lagi. Bolehlah jugak aku nyanyi sekali. Tahu le suara aku sumbang, tapi korang tak dengar pun kan? =,=

You know this girl, right? [credit to google]

Btw, baru aku sedar lagu Leave Me Alone tu best jugak! Hensem la bila dia pakai baju orang gila. haha. Masa first time tengok MV tu, rasa macam 'what?' bila dia nyanyi part chorus tu. Tak boleh tahan betul tengok tangan dia. Tapi, lepas tu rasa ok pulak.

Ok, then.

Jangan lupa dengar tau! Kalau tak best ... hmm ... dengar lagu Royals je la. haha.

That's all for today. Terima kasih !

Friday, December 20, 2013

Educamp UTP Jan Intake 2014~!

Assalamualaikum!

Hari Ahad haritu, aku pergi educamp utp dekat Tronoh. Sangat best! Jumpa kawan baru, dapat  pengalaman baru dan soooo happy!

Pagi tu, masa pendaftaran, mata ni asyik menilau je tengok hero-hero hensem. hoho. Ramai orang tak? Hmm ... bagi aku takde lah ramai sangat seperti mana yang aku bayangkan. Just ramai, tapi biasa je. Tak lah terlalu ramai. Aku nak terangkan pun tak reti. Rasanya dalam 400 lebih, maybe. Untuk satu haritu je lah. Kalau campur dengan hari-hari lain, mana tak beribu.

Then, masuk dewan untuk dengar taklimat berkenaan dengan utp dan interview ni. Kat sini, aku dapat kawan baru, Ainul Husna. She's so awesome! Dia peramah, baik, rendah diri, jujur, dan best! Dia cerita yang dia baru je balik dari bercuti, lepas tu balik rumah kejap, then terus datang Tronoh. woo. Sampai sini pun petang Sabtu, seingat aku. Bila aku tanya dia bercuti kat mana, ..... woa! Gempak! New Zealand cik kak oii, ko mampu? hoho.  Dia cakap, ayah dia dah lama kumpul duit nak pergi bercuti, jadi diorang pergilah. Mak ayah dia pun baik meh! Tapi kan, disebabkan diorang balik awal dari New Zealand tu, ayah dia kena bayar denda sebab ayah dia dah booked ticket untuk hari lain. Rugi~!

Aku lupa nak cakap, aku dapat kumpulan B. Aku punya interview waktu pagi, lepas kumpulan A. So, kumpulan A dan B kena naik bas lepas taklimat tu untuk ke blok B. First, aku masuk waiting room dulu, tunggu group A habis interview. Kemudian, masuk satu lagi bilik untuk pembahagian kumpulan. Ikut suka hati je nak masuk kumpulan mana, asalkan gender balanced. Pehtu, dapat study case which is 'Jammed Up'.

Semua orang dapat topic sama. Tugasan kami cuma kena cari 'ways to reduce traffic jam', atau lebih tepat just hurai ja isi yang dia bagi dekat kita dan tambah isi kita sendiri (lagi baik). Tapi 'ways' setiap ahli kumpulan berbeza mengikut kad yang kita dapat.

Study case tu cuma sehelai kertas, tapi dua muka surat. Pahe kan? Muka surat depan, semua sama ja dengan orang lain. Dia tulis pasal tajuk, latar belakang tajuk dan tugasan yang kita kena buat. Muka surat belakang, dia ada tulis Kad A (contoh) . Dia ada Kad A, B, C dan D. Satu group akan ada lima orang, tapi Kad cuma ada 4 jenis. So, Kad A akan ada dua, tapi dibezakan ikut kaler.

Lepas perkataan "Kad" tu, dia ada bagi beberapa isi untuk kita. Kita kena hurai isi tu supaya isi tu lebih kuat. Ikut suka la nak ambil berapa isi pun. Kemudian bawah tu pulak ada 'recommendation'. Kita kena nyatakan sama ada setuju ke tak dengan 'recommendation' tu.

Kami diberi masa selama 10 minit untuk fikir dan hurai. Kalau tak faham soalan atau isi-isi yang dia bagi atau apa-apa je, just tanya kakak-kakak faci. They'll help you so much. Tapi, seriously aku tak paham benda apa yang aku kena buat walaupun kakak tu dah bagitahu berkali-kali. =.=' . Jadi aku buat huraian ja untuk beberapa isi.

Kemudian, beberapa kumpulan akan dipanggil untuk ke waiting room, prepare for the interview. Group aku, nama je kumpulan 30, tapi antara kumpulan pertama jugak yang kena panggil. Setiap group duduk dalam satu lajur. Then, setiap ahli kumpulan akan dipanggil secara individu. Giliran ahli kumpulan ditentukan oleh kad yang ada dekat study case kita. A no. 1, B no. 2 and so on. Untuk kumpulan aku, Ainul nombor 1 (A), Azid nombor 2 (B), Soleh nombor 3 (C), aku nombor 4 (D) dan Amirul nombor 5 (A).

Masa interview individu, kita sepatutnya cerita jugak tentang study case kita. Tapi, group kami, interviewer tu tak tanya pun pasal study case. Ada satu group tu pulak, interviewer tanya tajuk study case je. Group lain tak tahulah.

Masa interview individu tu, interviewer tanya pasal diri, future plan, kekuatan diri, kelemahan diri, sumbangan kepada sekolah dan apa sumbangan yang boleh aku buat untuk utp. macam tu la. Interview aku paling sekejap sekali sebab aku cakap sikit ja, then, aku senyum, senyap. haha. Itu pasal aku cakap, aku fail.

Orang yang kena paling lama dan paling susah punya soalan ialah Soleh. Dah la dia punya turn sebelum aku. Interviewer tu siap tanya 'kenapa cikgu pilih kamu jadi ketua pengawas?'. Fuh, nak jawab apa doe. Satu lagi soalan yang paling susah bila interviewer tu suruh dia kaitkan angkasawan dengan mechanical engineering. Woo ...
 
 Ainul dengan Azid punya soalan pun just tanya lebih kurang macam aku je, tapi diorang punya soalan lagi banyak kot. Amirul je, aku tak tahu dia kena tanya apa, since dia last dan aku takut dengan dia. Tapi .... aku rasa bersalah sebab aku tak tunjukkan dia jalan pergi bilik interview tu betul-betul. Sorry!!!

Masa interview kumpulan ... betullah orang cakap macam relaks sikit. Tapi aku rasa, group aku punya interview, relaks gila. Mostly semua tak bantah pun isi orang lain, just accept je, cuma sekali je, Soleh ada pertikai tentang isi Azid. Dan, Soleh menang!Dia  cuma tanya ja, takde la macam berdebat. 

Aku rasa kalau aku masuk group lain, mesti semua bersemangat tengah berdebat [kot!], tapi group kitorang macam cakap-cakap ja. At last, kami semua setuju isi Amirul dan Ainul sebagai the best way. Aku punya part, aku just cakap aku tak setuju dengan 'recommendation' tu, bagi satu point, dan hurai dua tiga ayat. habis! lol. Orang lain bukan main bagi banyak point. Dahla masa interview tu aku gelak gedik banyak kali, arghh... memalukan! Oh ya, masa nak tunggu interview kumpulan la baru aku paham aku kena buat apa.

[Btw, interview kumpulan ni senang ja. Duduk dalam kumpulan, cakap tentang isi masing-masing, kemudian pilih isi yang paling baik. Semasa ahli kumpulan tengah cakap pasal ini dia, ahli lain boleh je tanya apa-apa dekat dia untuk memastikan isi dia betul-betul isi yang terbaik [yang ni, pendapat aku je la]. Tapi, kita juga  dinasihatkan untuk menerima pendapat orang lain. Interviewer tu cuma akan perhati kita ja, pastu habis!]

Lepas interview kumpulan, kami pergi makan. Then ambik test komputer apa entah. Test tu just pasal diri kita. Macam ambil ujian cita-cita dekat cikgu kaunselor tu. Contoh soalan "Saya seorang yang berani!". Contoh jawapan : 1 (Strongly agree), 2 (agree), 3 (In between), 4 (disagree), dan 5 (strongly disagree). Dalam satu page, akan ada 4 atau 5 soalan macam tu. Kalau korang click pilihan jawapan yang sama dalam satu page, soalan tu akan ditanya lagi untuk page yang seterusnya. Tapi, pilihan jawapan dia lain sikit dari tadi. 1. (more like me),  2(less like me). Pilihan jawapan ni, based kepada berapa soalan yang korang pilih jawapan yang sama. Kalau ada dua, cuma dua pilihan jawapan yang keluar. Kalau ada tiga, tigalah. and so on.

Then, balik!

Nervous ? hmm ...  masa sebelum pergi educamp, agak nervous la. Tapi, lepas pendaftaran tu, takda lah nervous sangat. Mungkin sebab aku cuma pergi semata-mata untuk cari pengalaman dan mungkin sebab aku ada doa supaya hati aku ditenangkan masa educamp ni (supaya aku tak buat benda-benda yang memalukan diri sendiri). Mak aku pun cakap just pergi cari pengalaman. so kalau tak dapat pun, tak payah la buat drama. Lagipun, kalau aku fail nanti, orang bukan boleh cakap aku teruk, kan? UTP kan untuk student-student terpilih je. hoho.

Oh ya, educamp ni memang kena cakap English. Masa interview la. Masa-masa lain, ikut suka hati la nak sembang dalam bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Kak-kak faci pun cakap bahasa Melayu ja, tapi ada jugak cakap omputih.

Yang aku tak boleh blah, masa aku naik bas nak pergi jawab test komputer tu. kalau tak salah la. Ada dua orang budak laki yang duduk dekat belakang aku dengan Ainul. Sorang Cina, dan sorang lagi Melayu ... kot. Budak Cina ni peramah orangnya, dia tanya macam-macam dekat budak Melayu ni. Dia tanya masa interview tadi interviewer tanya apa, sekolah dengan rumah dekat ke tak. -itu je yang aku ingat-. Budak Melayu pula bolehlah tahan peramahnya. Dia pun jawablah semua benda tu, pastu ada jugak tanya-tanya budak Cina tu balik. Tapi masalahnya diorang sembang macam ayam dengan itik. Budak Cina cakap English, budak Melayu balas Melayu. haha. Lawak gila. Tapi, dah masing-masing paham, ok la.

Btw, aku jumpa senior aku. hoho. dia pun jadi faci jugak. Tapi, aku kenal muka je la, nama tak kenal pun.

Thank you to all my friends yang doakan aku. Terima kasih sangat-sangat. Thanks Faiz sebab tolong cari maklumat-maklumat tu. Thanks Lina sebab bagi kami riak dekat hampa dan for your support. Thanks Auni sebab wish me good luck, dan ... bagi kami harapan. haha. Sorry Gayah sebab kami tak bagitau hampa dan terima kasih sebab habiskan kredit awak. Thanks Aishah, Syada, Mea, Insyirah, Mizah, Tasneem  dan semua yang tahu kami pergi educamp dan semua yang jelly tu. Sorry kalau kami tak mention nama hampa.

Thanks sangat-sangat kepada Ainul Husna, Azid, Soleh dan Amirul sebab sudi bekerjasama dengan budak annoying ni. *bajet*  

A very big thanks to Mila Una sebab dialah yang bagitahu Educamp ni merupakan interview. Walaupun I letak nama you yang paling last, but you la yang menyebabkan I pergi educamp ni (maksud kami, kalau kami tak tahu educamp ni interview, kami tak pergi punya) *sila kecut balik* dan orang pertama yang bagi support dan nasihat! Thank you so much~!!!


Thanks for reading!

credit : google


p/s: 1. aku tahu aku suka ulang benda yang sama.
       2.Sebenarnya entri first yang aku buat, panjang gila kot. Tapi nanti bosan pulak, kan? Jadi aku taip la sekali lagi.
      3. Kalau rasa aku sesuai masuk utp dan sesuai dengan bidang yang aku apply tu, doa-doakanlah.

Thursday, December 19, 2013

Kim Ji Hoon bunuh diri?

Assalamualaikum ~!

Petang tadi aku ade la bukak satu laman web surat khabar ni. Aku nak check pasal peraduan yang aku masuk tu. Tapi, tak de pun! Awal sangat-sangat-sangat aku check.

Kemudian, aku pun baca je lah apa yang ada dekat situ. Baca pasal yang mayat rentung tu, lepas tu menang pingat emas la, dan macam-macam lagi lah.

Bila tengok bahagian hiburan, aku terkejut bila baca ' Bunuh diri, Kim Ji-hoon tertekan '. Walaupun pada hakikatnya aku tak kenal siapa dia, tapi rasa macam pernah dengar nama ni.

Aku pun click je la. Sekali tengok gambar ... 'eh, ni bukan pelakon dalam Flower Boys Next Door tu ke'. Bila baca kat bawah tu, banyak la tulis pasal profile artis Kim Ji-hoon ni, tapi aku tak kesah pun. Aku hanya 'ooo' je.

credit : google

Rasa macam kesian sangat artis ni bunuh diri. Rasa macam nak nangis pun ada bila baca macam mana dia meninggal. Arghhh~!Lagi rasa sedih sebab aku pernah kenal dia.

Tapi, disebabkan aku tak percaya dengan berita ni, aku search la dekat google. And, guess what? Rupanya artis lain yang meninggal, bukan dia! Nama ja sama. Fuh! Tapi, aku still rasa macam kesian sangat kat artis yang bunuh diri ni. Kisah hidup dia macam sedih la.

Dalam entri ni, aku sebenarnya nak luahkan betapa tak puas hatinya aku terhadap penulis berita tersebut sebab dia letak gambar yang salah. Kan dah boleh jadi salah faham macam ni.

Oleh sebab itu, saya harap semua penulis dapat membuat kajian dengan lebih terperinci dahulu sebelum menulis satu-satu berita supaya tak adalah berlaku salah faham begini. (eh, ada kaitan ke?)

Terima kasih~!