Sunday, March 5, 2017

Rindu

Semalam aku ada pergi dengar ceramah daripada seorang ustazah ni. Seriously, sepanjang ceramah yang dalam sejam lebih tu aku asyik tahan nangis ja,

Bukan sebab sentap ke, taubat ka .. haha. Tapi, bila aku dengar ceramah dari ustazah yang bekerja sebagai guru tu ...

Aku rasa rindu sangat. Rindu dengan suasana kita dengar ceramah kat sekolah dulu. Lagi-lagi yang pi ceramah tu perempuan ja. Lagilah aku rindu.

Rasa bertuahnya sebab dapat sekolah kat sana dulu. Rasa bertuah dapat belajaq dengan ustaz, ustazah dan cikgu-cikgu kita dulu. Rasa bertuah kita ni ada ilmu yang lebih dari orang. Rasa bertuah dapat sekolah sesama perempuan ja.

Dulu (dan sekarang pun ada lagi) aku sangatlah cemburu dengan kawan-kawan aku yang sambung belajaq kat sekolah. Bila tengok gambaq ja, ... WAH.. seronokya diorang. Lagi, yang ambik bidang agama, lagilah rasa ,,, weyh.. bestnya belajaq benda-benda macam ni.

Masa ceramah tu la aku sedar dah lama sangat aku tak pernah dengar ceramah oleh seorang guru sekolah. Selalu pun mesti pensyarah ja yang bagi. Bukan nak kata guru ni lebih baik daripada pensyarah, tapi sebab aku perasan .. cikgu sekolah ni bila bercakap, dia seolah-olah menganggap kita macam anak murid dia. Anak yang muda-muda lagi. Lembut sangat bahasa.

Lain dengan penceramah ataupun senang kata mostly pensyarah uni. Mereka kalau bercakap dengan kita not as anak murid tapi as orang muda, mahasiswa la, dewasa la. Haaa.. macam kita sama standard dengan dia tapi dia tinggi sikit. Memang la best tapi ..... . Haha.

Mungkin sebab aku rindu diri aku yang dulu. Yang yakin aku ada ilmu. Tapi sekarang, semua ilmu dah keciciran sepanjang jalan.

Thursday, March 17, 2016

Freenya this week. ... ?

Morning semua.



Saya bayangkan minggu ni saya free sangat.~~~  Tiada test, tiada quiz, tiada assignment dan juga group project yang perlu dihantar.

Saya sungguh gembira.

Milla : Minggu ni takda test, takda apa kan?
Madi : Ya, Milla. Takda test, takda quiz. Minggu ni lah yang paliiiiiiiiiing free sekali.
Milla : Madi, minggu ni kita ada camping!
 *lebih kurang macam tu lah conversation kami*


Tapi .. tu hujung minggu ni ja  ...  mana ada apa sangat. KAN ?

Tiba-tiba ... mulalah melayang segala kerja yang tak disiapkan lagi. T-T
Hadusssss.

thanks to mr google for these beautiful pictures and next time ... kalau aku rajin, aku letak muka aku pulak. haha.

Sunday, December 13, 2015

I'm making my calendar~!

Weyh

Aku nak habaq yang aku dah siap buat 'photo calendar' aku untuk tahun depan! Haha.

Aku kebosanan sepanjang cuti ni jadi aku cuba la cari benda-benda yang menarik. Entah macam, aku rasa aku nak buat planner untuk next sem. Dan alang-alang tu aku perlukan kalendar sekali, so aku pun create la my own calendar!

And it's full of LEE HARU ! (semangat curi gambar kat instagram dia) XD

Takdaklah full, tapi gambaq haru la yang paling banyak berbanding orang lain.



OK bye. Berjumpa lagi kita pada waktu yang akan datang. Insya-Allah.

Pesanan penaja : Marilah kita melakukan sesuatu yang bermanfaat di waktu cuti sekolah ini anak-anak.


Assalamualaikum ~~~

Sunday, October 25, 2015

Googling ^^

Assalamualaikum semua~!

Hari ini saya akan kongsikan random things yang saya jumpa bila saya google tiga orang kawan saya~~! Actually, ada jugak google kawan-kawan yang lain, tapi ... saya tak dapat jejak kewujudan mereka. =..=

Okay, let me start.

I was bored, so I tried to open Auni's blog as tak ada orang pun dalam list 'following' aku yang update blog mereka. Somehow, it said that the blog can't be found.

Aku pun rasa macam ... aku salah tulis url ke? tapi .. rasa macam dah betul. Hmm .. Then, I decided to google Auni's blog since Auni pun ada banyak blog yang lain.

And, that's how all these things started. Haha.

Let's go !


Mesti ramai orang yang google auni ni sampai keluar full name beliau

 Semasa mengoogle Auni, aku tak jumpa pulak blog dia. Yang aku jumpa ialah laman web sekolah, blog kakak dia dan yang kat bawah ni.


Selain itu, status Auni sebagai pelajar cemerlang telah menyebabkan saya untuk terjumpa slide ini



Disebabkan dah give up cari blog-blog Auni, maka saya teruskan aktiviti ini dengan mengoogle Lina pula.

Part Lina ni best sikit sebab jumpa gambar dia. Haha. Terima kasih kepada fesbuk page Perlis Permai Lagi Mempersona dan BERNAMA kerana anda telah memberikan informasi yang sangat menarik kepada stalker seperti saya.



Thanks to Lina, kita turut dihadiahkan dengan gambar dua kakak-kakak femes kita.


Tahukah anda !

Apabila raja bertemu raja ,
hanya ada satu perkara yang mereka utamakan
...
 

Ya .... pingat Auni !
Maka, rakyat jelata pun turut sama tertarik untuk melihat pingat Auni sambil jurufoto menggunakan peluang keemasan ini untuk menjadikan moment ini sebagai suatu kenangan yang amat berharga  pada masa hadapan.

AND, thanks again to Lina, I found something that really valuable! It's not just about Lina but it's about US !

 Tat taraaaaa!


Haa... rasa teruja tak ? Sebenarnya nak tarik sampai nama seseorang tapi, ramai sangat manusia yang akan terlibat, maka saya ambil nama teratas ja la.

Sebagai hadiah, maka saya dengan berbesar hati ingin mengongsikan markah saya.


Setelah anda melihat markah saya yang hebat ini, tentu anda cuba sedaya upaya untuk ingat markah anda bukan ? Jangan bimbang kerana anda hanya perlu klik pautan ini. Tetapi, sebelum itu ingatkah anda akan kata-kata yang kita selalu sebut dahulu:

Perkara yang lepas usah dikenang, 
nanti hanya membawa air mata

Don't exactly remember how ustazah ended it, tapi rasanya macam tu kot. Hihi.

Orang terakhir yang aku google ialah Liyana. Dan, aku rasa satu benda ni ja yang betul tentang beliau, walaupun aku tak pasti sama ada benda ni betul-betul beliau atau tak.

Tapi ... here it is ~~

Inilah dia perkara yang kita tunggu-tunggu selama ini ~~~ akaun bank rakyat gayah !!! Mohon add dia sebagai kawan ya, kesiankan beliau.

Sekian

Love u oll~!


Tuesday, September 29, 2015

Iolls Hepi !

Assalamualaikum semua ~!

Sebenarnya dah lama nak update (macam anda kesah kan?) , tapi sebab saya terlalu sibuk melekakan diri dengan dunia yang fana ni, so saya enjoy saja dengan dunia saya.

Namun begitu, apabila hari-hari saya dihabiskan dengan dua puluh empat jam menghadap laptop ni .. bosan lah pulak kan. Maka .. here I am, people. Giving you some pieces of my story. Heee.

So ... here's the story. I went to Ulu Chepur, Ipoh Parade and Plan B. It was during our finals ... while waiting for the last paper.

Sebenarnya Nessy ajak kawan sebilik dia pergi pantai. Tapi kemudiannya, hal ini telah menjadi lebih besar dan lokasi dari pantai telah pun bertukar ke air terjun. Malam tu masa Nessy ajak aku join, aku kata ok lah. Walaupun hakikatnya aku takut sikit nak pi. Ayaq terjun deraiih kot.

Pagi tu pulak, aku macam ... kejap nak pergi, kejap tak nak. Lagi-lagi, aku dah tak dak baju nak pakai. Mula-mula aku cakap kat Nessy, aku tak nak pergi, tapi lepas tu ... rasa macam rugi. Maka, saya pun kemas beg, dan dengan tak malunya cakap kat Nessy yang aku nak pergi. Well ... so me la kan, cakap pusing-pusing macam ni.

Rasannya dalam empat kereta kot yang pergi. Aku naik dengan Nessy, Syai dan Ben. Glamour tak nama? Haha. Ok skip. By the weyh, pagi tu Nessy belanja sarapan. Tinkayu Nessy.

Jadi, kami semua bertolak ke Ulu Chepur dalam pukul 9 atau 10 pagi macam tu. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya dekat air terjun Ulu Chepur tu walaupun mula-mula tu macam terlajak sikit. Teknologi zaman sekarang ... hmm..

Masa nak naik cari tempat mandi tu .. penat jugak jalan. Haha. Tapi, yang bestnya, pagi tu tak ada orang. Jadi, boleh main puas-puas tanpa memikirkan masalah-masalah lain. Mula-mula, kami main air ja dulu, kemudian main bola .. pastu dah bosan, tukar jadi truth and dare .. And, it was more bored .. actually. Haha. Sebab memasing tak tau nak tanya soalan apa dan bagi dare yang realistik sikit.

Oh ya, the best part is .. toilet dekat situ amatlah tip top. Air dia kuat dan tempat mandi pun bersih. Gayanya macam baru diinovasikan ja. Tapi, tak pasti sama ada tempat mandi kat tempat kami ja yang macam tu atau memang kat semua port macam tu.

Lepas dah habis mandi, kami jenjalan ke Ipoh Parade. Sebenarnya kami tak rancang pun nak pergi situ, ingat nak balik terus. Tapi, sebab ada kawan yang nak pergi karok dan ada janji temu dengan orang kat situ, jadi kami ikut ja la. Orang-orang yang tak ada duit ni pergi menilau kejap kat situ.

Lepas dah solat dan bosan, kami rancang untuk balik dan cari kedai makan dalam perjalanan pulang tu. Sebelum tu, saya nak cerita yang saya terkejut bila pergi solat kat situ. Semua sejadah dihampar dengan tersusunnya dan lipatan telekung dah diletak di tepi sejadah siap dibungkus lagi. Tapi tadi nampak notice tak bagi guna surau. Ingatkan tengah construction. Haa... kantoi kan aku langgar peraturan?

Saya pun betul-betul bangga dengan surau kat situ. Bagusnya facilities yang diberikan. Tapi, bila dah siap-siap solat semua.. baru tahu.. It was prepared for datin-datin yang ada events kat situ. Opps. Maaf ya. Tak pasal-pasal pekerja surau tu kena tegur dengan one of the datin. Maaf kak.

Selepas itu ... kami pun blah. Pastu, pening kepala pikir nak pi makan kat kedai mana. Mula-mula ingat nak cari restoran biasa ja, tapi lepas tu ... ntahla ... tetiba bincang untuk pergi kedai-kedai terkenal kat ipoh. Namun, banyak cadangan yang terpaksa ditolak sebab kebanyakan kedai bukak waktu malam ja.

Ben pun bagi cadangan pergi Plan B. Maka, bermulalah kisah tragis empat sekawan. Memula, ingatkan  Plan B tu satu kedai ja ... rupanya tidak. It was kind of a tapak of bangunan that consist some shops ... like three to four macam tu. Ada restoren, kedai ice-cream, kedai buku dan kedai gunting rambut. Kat bahagian atas, tak tahulah ada apa.

Mula-mula .. kami bereempat pusing kawasan kejap. Kemudian, cari pintu untuk masuk kedai makan. Haha. Tapi bila masuk .. oh, wait. They have alcohol here. Tapi, sebab kawan-kawan banyak pernah makan kat sini, dan pelayan dia melayu, dan saya nampak muslim cooker kat situ .. it should be okay kan? I mean, kalau tak.. mesti pelayan melayu tu dah tegur kita.

Kemudian ... masa tengok menu. Hmm ... where is the price ? Kenapa tak ada harga ? Kenapa ada nombor-nombor ja? And Ben went to ... 'Tu lah harga dia'. What? Nombor start dengan sepuluh kot, tu pun untuk air ja. Teh O ais ... sepuluh hinggit?

Ok, takpalah. Relakan jiwa. Pikir masak-masak ... pastu rasa macam nak try main dish dia. Sebab dah alang-alang jauh datang, kena la worth it sikit. Tapi, apa yang aku mintak tu ... tak ada. And, the second thing I was attracted is bubur. Macam sedap la kot. Kawan bertiga aku , semuanya order spaghetti ... and it was delicious. My bubur was the most expensive one (kalau tak salah), it was the last meal to arrived, and tak luak pun buburnya. Tak adalah tak sedap sangat ka apa, tapi kepanasannya dan aku rasa tetiba tak ada selera nak makan bubur sebab spaghetti kawan-kawan aku lagi sedap. So, saya take away sajalah.

The most 'exciting' part is bila nak bayar. Nak bayar kat mana ni? Kaunter ke ? Macam biasa, Ben yang akan jawab soalan tu. 'Setahu aku, diorang bayar guna bil. Kena mintak bil ni'. And it was the first time in my life to have that kind of feeling. You know, macam cerita-cerita kat tv ... orang pergi date kat restoran mahal, mintak bil . Kemudian, si pelayan datang bawak bil guna cover hitam tu. Sekali bukak ... mak aiii... Haa... Hambik kau. Sampai seratus lebih. And, sure .. me.. dengan kenkonon mak datinnya, acting like kaya enough la kan , paid the bill. Sebabnya aku baru keluarkan duit ... dan saya ada duit besar dalam dompet saya. Lepas dah bayar tu, terus jadi ahlong. Haha.

Dan ... before kami balik, wajib untuk kami semua melalukan sesi fotografi. Kebanyakan pengunjung yang datang selalunya datang bergambar ja instead of nak cari makan or someting. And, me ... being me ... of course, I have to be the worst photographer ever, even as the model of the picture. Sorry semuanya. Tangan aku memang dasyat sikit, dan ianya pakej dengan 'gaya dan lakonan' sekali.

And .. that's the end of the story.

p/s : Tak tahu kenapa, tapi kalau keluar makan dengan  kawan, tak pernah pun pergi restoran yang tetiba jumpa tepi jalan. Mesti ja kena plan dulu dalam perjalanan tu. Tapi, kalau pi dengan keluarga, selalu ja main redah. Payah la. Kan?


Monday, July 13, 2015

I miss the old you.

Hoi~!

Dah buat persiapan raya belum ? Haha. Ok, saja nak buat kawan-kawanku yang berada di perantauan sana menangis tujuh hari tujuh malam sebab raya kat sana. HAHA.

Ouh ya, kami tak tau kenapa, tapi setiap kali kalau kami tengok gambar dari seorang kawan kami ni, kami rasa jeles gila dan rasa nak menangis sangat-sangat. Punyalah tahap jelly yang punya tak boleh blah. T-T [hint : bukan gambar Auni dan Lina la yang pasti. haha]

              so do I

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear You,

I miss the old you.

Although I can't find any word to describe it, I still want you to know that, I miss the old you.

The one that I loved the most.

Cause sometimes the new me need the old you so much.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cepat teka sapa 'you' tu? haha.

Haritu kan, kami pergi teman kawan kami ni untuk jumpak seorang staff dekat bahagian pejabat apa ntah. And then, kat sebelah tempat staff tu ada la tempat seorang staff lelaki yang muda ni. Pastu kami tengok-tengok la tempat staff lelaki tu. Pastu ternampak frame ni (rasanya hampir sebijik dengan apa yang ada atas meja dia) :
Sweet sampai nak muntah hijau tak ? haha
By the way ... hari ni birthday kawan saya, jangan lupa wish ya anak-anak :D

Have a wonderful day and amazing raya where ever you are.

Happy mengharungi hari-hari terakhir Ramadhan. 



Kawan aku kata antara 10 perkara yang termasuk dalam perbuatan sia-sia ialah berdoa untuk diri sendiri tanpa mendoakan untuk ibu bapa sendiri dan kaum muslimin. Jadi, doa-doakanlah untuk aku juga ya.  Heee ... 

Do know that walaupun kita semua dah membesar dan tak lama lagi  ... insya-Allah ... dah nak masuk ke alam 20-an ... saya masih menunggu reunion kita alang-alang semua masih single. Haha.

Bye semua~~~! Assalamualaikum

p/s: Rasa mcm dah pernah cerita pasal staff tu, tapi .... takpalah. ni season two. >.<

Saturday, July 4, 2015

Old problemo yang tak habis-habis lagi.

Hai bebeh~!

Cuba teka harini hari apa ? 

Sebenarnya, aku rasa aku dah tahu apa yang aku nak belajar selama ni. But, sometimes, I think it's just too late to patah balik and start over again. Aku selalu terpikir macam manalah orang yang dah study separuh jalan, tiba-tiba dia boleh buat keputusan untuk berhenti dan belajar benda lain?

I mean ... wasting kot. Dah penat-penat kau bertungkus lumus dan buang masa dan tenaga kau, kemudian kau berhenti separuh jalan macam tu ja.

Tapi .. well . Kadang, bila kita buat benda yang kita minat dan suka, prestasi kita mungkin jauh lebih baik dan mungkin banyak lagi benda yang boleh kita kecapi berbanding kita study subject yang bukan pilihan kita.

Aku pernah la teringin nak tanya  mak ayah aku boleh tak kalau aku nak berhenti belajar. Haha. Aku rasa macam aku dah banyak kali cakap pasal nak berhenti belajar. Tak adalah stress ka, tak minat sangat ka apa, cuma living as private student ni susah la.

Lagi-lagi bila kau ada banyak kawan yang suka enjoy sana sini. I mean okla .... , aku boleh ja tolak perlawaan depa. Tapi sometimes, terfikir jugak, ni la masa yang ada untuk enjoy kejap. Nanti-nanti dah nak sibuk dengan tugasan, exam dan bla-bla-bla. To make things worst, aku ni jenis orang yang tak sedar diri. Tahu duit tak cukup, menggatal jugak nak ikut berjimba. Mohon sepak masuk longkang.

Okay, back to perenggan atas tadi ... Malangnya, bila aku balik rumah, mak ayah aku selalu jadikan aku 'contoh' kepada adik bongsu aku tu. Kami punya family tak adalah pentingkan sangat education sampai kalau tak dapat A setiap kali exam, kena rotan. Tapi sebab adik saya pemalas sangat untuk belajar, maka bapak saya perlulah menyebut tentang alam universiti, kerja , duit kat adik saya.

Kalau dah macam tu ..  takkan nak kata, "eh abah, ceq rasa ceq nak berhenti belajaq la. Malas la belajaq-belajaq nih.". Kemungkinan bosar, kucing kat rumah aku pun torkojot mendengarnya. Haha.

Ok, dah. Tu ja benda yang aku nak luahkan. Hehe

By tha wayh :

We are not foundie student anymore .. yeah !
Credit to google and our photographer ~!

Thanks for reading schoolmates~! Love yah!