Friday, January 31, 2014

Books!

Assalamualaikum~!

Hai!!! 

Awat la dia ni suka duk hupdate sangat ntah? Well... this is the only cuti yang aku ada. Err .. tolak dengan cuti ambik result nanti dan hujung sem ni, Inysa-Allah. So, please deal with it, keyh.

Entri ni sebenarnya tentang pembelajaran aku kat sini. Tapi aku macam pening .. perkataan 'pembelajaran' dalam English apa eh? Study? Studies? Studying? Learning? Kau ni ... benda simple macam ni pun kau tak tau? Phfttt ... macam manalah kau boleh terlepas pergi sana. Diamlah! =..= Oleh sebab yang demikianlah, aku letak tajuk 'books'. Ada kaitan la tu kan? By the way, I kan bajet retis, so kena la letak tajuk dalam English walaupun English aku .... A. *Amin~!*

So guys, pembelajaran kat sini tak da lah lain sangat dengan pembelajaran kat sekolah. Dekat sini, hampa akan belajar subjek yang berbeza untuk setiap semester. Memandangkan aku ni pelajar dalam bidang Business Information System, aku kena belajar empat subjek untuk semester satu nih : Pre-Calculus, English 1, Business Management dan Principles of Economics.

Susah tak? Macam belajar untuk SPM ke? Okeyh, kalau English 1... belajar pasal English, pastu ada poem, novel, short stories. Pre-Cal ... well ... matematik kan? add math pun matematik jugak kan? Dua lagi subjek tu, pepaham ja lah. Aku kan tak ambil ekonomi masa sekolah dulu, so aku tak tahulah macam mana. Anyway, for subject Chemistry and Physics, engineering student said that dia punya syllabus sama ja macam dulu, cuma tambah-tambah sikit.

Jelly la tengok budak-budak engineering. Boleh masuk lab, ada lab coat lagi, goggle lagi. Buat eksperimen semua. Setiap kali tengok lab, rasa nak masuk sangat. Nak berlagak jadi scientist. Tapi aku tetap bersyukur aku belajar BIS. Kalau tak mesti kelas full dari pagi hingga petang, pehtu kalut-kalut siapkan lab report. *sedapkan hati* 

Dekat sekolah, kita cuma kena pergi kelas je kan? Tapi kat sini siap ada tutorial. Hampa wajib pergi Lecture untuk setiap subjek, dan masa dia adalah tetap. Then, hampa kena pergi tutorial untuk setiap subjek. For tutorial ni, kita ada pilihan untuk pilih group mana kita nak masuk. Dan masa tutorial ni berbeza mengikut group. Ada malam, pagi, tengah hari. Although masa tutorial pun tetap, tapi kita boleh pilih sama ada nak join group yang buat malam atau siang. Tetapi kita kena stick dengan group tu. Bukannya minggu ni pergi group yang tutorial waktu malam, minggu depan pagi plak ... no-no-no. Paham tak ni?

Kelas? Masa lecture, kelas dia besar. Macam hampa pergi dengar ceramah dekat dewan. Tapi masa tutorial, kelas dia kecil ja. Macam kelas kita kat sekolah. Ouh ya, masa tutorial kita selalunya buat latihan dan lecture plak untuk belajar.

Buku? Kalau nak masuk u, just bawak buku catatan. Buku rujukan semua ikut pensyarah sendiri. Kalau dia kata buku A, maka belilah buku A. Takkan nak beli buku B pulak. Dan, sesungguhnya buku rujukan tu mahai~! =.=

About ko-ku, kami tak wajib masuk untuk semester satu ni. Tapikan, kita boleh masuk berapa pun persatuan atau kelab yang kita nak masuk. However, kita mestilah komited dengan kelab kita. So, better masuk satu ja, tapi kalau rasa rajin, masuklah dua.

That's all for this Friday morning. Thanks for reading sis~!

Wednesday, January 29, 2014

My Buddy Group

Assalamualaikum ~!


Haaa ... kan ada update lagi?  Kali ni punya update rasanya paling pendek dan INGATKAN paling gempak sebab ada gambo aku. Punyalah bersemangat nak letak gambo group kami, rupanya ada problem pulak. Maknanya, aku masih lagi jadi budak misteri dalam blog ni ... dalam angan-angan aku la. Tapi, dalam realiti, hampa memang kenal aku ni sapa. -pass- 

Okay kawan-kawanku sekalian, dalam minggu MAS yang lalu, semua budak baru dibahagikan dalam beberepa platoon. Dari huruf A sampailah huruf ... ermm... entah, aku tak tahu lah pulak... H kot. Satu huruf ada 6 kumpulan kecil. Satu kumpulan, aku tak tahulah ada berapa orang. Well, memang lumrah hidup aku untuk tidak mengambil kesah cerita-cerita ni semua. 

Aku dapat kumpulan B2. Happy kot bila tengok screen tu nama aku duduk tempat paling atas sekali walaupun duduk column yang kedua. Aku memang suka top-top ni. Dahla dalam list nama, nama aku paling first sekali untuk alphabet M. Weee ... -Aku tahu kau orang tak nak tahu pun.. tapi aku nak cerita jugak-

Group kami ada 20 orang lebih. Abang Syafiq Nash (salah seorang senior dalam group ni) kata group kami lah yang paling ramai. Tapi yang bestnya, macam yang aku kata dalam entri sebelum ini, group kami lah yang paling besttttt. Orang lain punya group hambar ja. Aku punyalah ingat group orang lain pun happy-happy jugak, rupanya  .... kesiaannn .... Aku bersyukur dapat jadi ahli group ni. =D

First of all, kami ada 3 senior : Abang Syafiq Nash, Kakak Syai dan seorang lagi ialah Abang ... ok, tak ingat nama dia, tapi rasanya Win kot. Dia sebenarnya orang Thailand. Masa first bentuk group tu, dia tak ada, dan rasanya dia ialah orang yang bawak aku menjelajah UTP haritu. Ok, saya duduk dekat belakang sekali dan lewat sikit, jadi tolonglah faham.

Sekarang ni Abang Syafiq Nash tengah cuti, jadi dia tak ada dekat UTP buat masa ni. *tapi hari ni dia ada sini lagi sekali ... lepas MAS haritu dia balik rumah dia, pastu kelmarin dia datang UTP balik* Dan sekarang ni, Abang Faizal jadi ahli group kami sebagai pengganti Abang Shafiq Nash selama dia tak ada kat sini. Dia nilah orang yang selalu marah kitorang masa MAS. hoho. Masa fasilitator bahagian disiplin nak resign kan, aku rasa macam nak menangis pun ada... Depa siap buat babak terharu lagi... Tapi, masa tu aku tak feeling sangat, haha. Cuma sedih bila depa tengah cakap ja.

Perempuan sebenarnya ada sembilan : Aku, Anis, Azrin, Aina, Fazuzu, Nana, Nani, Syafiqah dan Ika. Tengok, aku ingat semua ooo nama ahli buddy aku. Act, satu masa ni, ada dua orang perempuan lagi yang join kami group ni , lepas tu depa hilang... yang tu aku tak ingat nama sapa.

Lelaki : Alif, Athir, Ayman, Harith, Luqman, Schrimad, Suman, Fakhri, Nazim *kalau tak salah* ... ok, dah tak ingat.

Selalunya kalau buat perjumpaan buddyzzz, senior yang join Kak Syai dengan Abang Syafiq Nash. Depa dua best gila kot. Pastu dalam group ni, rasanya Nanalah ahli yang start memulakan perasaan 'seronok' dalam kumpulan ni. Sebab dia banyakk cakap, pastu suka buat lawak. Dia best! Sama macam Nani, tapi Nani masuk group ni lambat sikit sebab hari first tu dia tak dapat hadir. 

Orang yang paling selalu diketawakan ialah Anis. Selalunya asal tengok Anis ja, Abang Shafiq Nash mesti akan kata  'tengok muka ustazah, poker'. Pehtu gelak, then kami pun ikut gelak. Kesian Anis. Ouh, ya, kami semua panggil dia ustazah. Pastu, si Fakhri dipanggil Ustaz  ... jangan duk pikir bukan-bukan plak.

Okayh ... tak tahu apa lagi nak cerita. Aku pun dah lupa. 

Thanks for reading .... nak pergi update lagi. haha... nak sangat kan.


credit picture : google *kenapalah kredit ni penting?!*

tambah lagi : kenapalah entri yg sepatutnya jadi best bertukar jadi bosan ... =..='

My New ... Life ?

Assalamualaikum~!

Hye guys!!!! Mesti happy kan tengok ada update.. haha.. Sorry sebab lambat.

memang habit aku mencuri kat google ... malas dah nak cari gambo lain... ada logo yamaha pun, terima je la.

Okayh, seperti yang kau orang semua tahu, aku sekarang tengah berada dekat UTP. Sila jelly lagi sekali!! Aku memang suka orang yg jelly-jelly nie. Hehe.

So, macam mana kat sana? Best? Bosan? Sibuk? Penat? Culture shock? Belajar macam mana? Banyak orang hensem? *gediksss!*... Relaks... Aku nak cerita la ni. Sila tenangkan diri anda sekarang sebab saya Inysa-Allah akan menceritakan semuanya sekarang.. 

Masa first-first masuk sini, macam biasalah ada orientasi segala. Aku tak tahu la universiti  lain panggil benda yang sama atau tak, tapi dekat sini orang panggil Minggu Aluan Siswa (MAS). Masa MAS ni agak sibuk la sebab tahun ni depa buat minggu start kuliah. Selalunya MAS ni buat seminggu sebelum start belajar, tapi entah mengapa MAS tahun ni start lewat sikit.

Hari-hari kena bangun awal, solat subuh dekat surau bawah. Pastu pergi Chancellor Hall, ada briefing, ada ... aaa... aku tak tau nak cakap apa sebab banyak sangat aktiviti kat situ. hoho. Masa MAS lah kami semua pergi melawat kawasan-kawasan UTP, tapi aku still tak ingat jalan. Ada sportlah, ada ... charity ? lebih kurang charity jugak lah. Aku punya group kena gotong-royong atau 'just kutip sampah tepi jalan' dekat Taman Maju. Dahla masa pendaftaran tu aku duduk homestay kat taman tu. Aku saja nak bagi tahu. =..=

Aktiviti MAS setiap malam ialah kena marah dengan fasilitator-fasilitator bahagian disiplin. Seram kot. Dah la suara garang gila. Tapi, series cakap, depa baik. Aku tahu la depa memang baik pun, maksud aku cara depa marah tu jenis yg baik. Sebab kalau aku marah orang, lagi-lagi adik-adik aku ... pergh ... berkecai hati-hati ooo.  Selalunya adik-adik aku je la, kalau buat kat hampa kang ... hmm .. tak tau la nak cakap macam mana. *mcm berani konon*

Malam last MAS is the best night! Malam tu budak-budak drama ... termasuk orang yang aku tegur tu ... perform. Aku suka part iklan. Dekat tepi stage tu ada dua screen besar and setiap kali pelakon atas stage tu habis part-part acting diorang, mesti ada iklan. Tajuk iklan dia 'UTP World Cup', dalam tu budak-budak lain yg berlakon dan mostly lawakla. Budak buddyzzz (group) aku ada 3 orang kot yg berlakon dalam iklan tu. Stage punya drama, ada la part-part yg menarik, ada sikit part-part yang bosan sebab drama dia pasal budak u la, kerja la dan pasal realiti hidup macam tu. Tapi yang bagusnya, depa terpaksa tukar depa punya scene asal sebab ... secret ... . Bagus untuk penonton, but I know kurang bagus untuk pelakon sebab terpaksa tukar last minute.

The best thing about MAS : 

1. Aku dapat kawan-kawan yang best sangat terutamanya kawan-kawan group aku. FYI, group akulah group yang paling rapat sekali berbanding group lain although kami punya ahli lebih ramai berbanding orang lain. Sila jeles! :p 

2. Dapat makanan free. Dari sarapan sampailah supper, semunya free. haha. Setiap kali balik dari CH, mesti penat gila. Tapi bila nampak khemah makanan dekat depan blok asrama, waaaaaaaaahhhh. Terus semangat aku naik! Acece .. tipu je. haha. Dah la tiap-tiap hari makan ayam. Sedap kau!!!

3. Dapat kenal banyak kawan. Masa MAS kan, semua course disatukan, so ramai lah orang yang kita akan kenal. Bila kita dah belajar, kita cuma nampak muka-muka satu course ja. Budak course lain nampak masa malam je la selalunya sebab most budak-budak suka buat group study kat kafe. Rajin kan diorang. Tapi aku tak terlibat dalam hidup sebagai pelajar ni. Sampai hari ni aku still anggap aku datang sini untuk lawatan, main-main, sekadar mengisi masa lapang and sekadar nak tahu keadaan hidup budak-budak u. Dasyat kan?

4. Boleh masuk CH selalu. Aku pun tak tau apa  pentingnya point ni, tapi best jugak la dapat pegi CH sebab setiap kali sampai sana ja, boleh terasa air-cond dia. Baru ja jejak kaki dekat bumbung bulat tu, dah terasa sejuk. waaaaa... seronok.  

5. Boleh jumpa senior-senior hensem. pfhttt. stop that! gedik betul aku. haha.

Ada banyak lagi benda yang best-best tapi aku malas nak pikir dan malas nak taip. eh, sedap jugak lagu R.O.D ... *tiba-tiba*  Haritu masa dengar lagu ni, aku dengar sekerat ja. Rupanya best gak. hoho.

That's all for this post. Konon nak tulis semua, tengok-tengok masa Mas ja ... ish ish ish. 

Thanks for reading and for your worries ..  Just know that I'm doing fine here .. =)