Sunday, February 9, 2014

Cakap tak serupa bikin!

Assalamualaikum awak!

Wah, awak gitu. Padahal aku tak pernah pun cakap saya awak, secara serieslah. Bila menggedik tu, banyak kali jugaklah. =.=.. cakap pasal gedik, baru aku tahu yang aku ni gedik. Aku benci sangat tengok pergerakan badan adik aku sebab aku rasa dia gedik. Rupanya aku pun sebijik dengan dia. HOMAIGOD! Sanggup ampa tak bagitau aku yang aku ni gedik... kejam sungguh!

Back to the title atas nuh ... cakap tak serupa bikin. Ingat tak entri last haritu aku cakap ko-ku tu masuk satu or dua je kan? padahal aku azam nak masuk sampai lima kelab, tapi nasiblah join empat JA. Hebat, kan? Azam sampai lima, masuk empat, padahal suruh orang masuk dua ja.

First aku join rukun negara. Acewah, semangat kebangsaan sangat!. Act, masa first pergi Minggu Mesra Kampus, kak dekat booth tu panggil aku dengan kawan aku. Aku sebenarnya dah cakap 'takpalah' , tapi kawan aku pergi masuk booth tu. Aku pun join la. Sekali tengok banner dia, woww... rukun negara! Drama jugak rupanya hidup aku nih! 

Kami pun dengarlah informasi-informasi yang kak tu cakap. Best gak kelab ni. Dapat buat event dengan universiti lain, pastu ... macam macam la. malas la nak cerita semua.So .... yah, we joined it.

Esok tu pulak, kami pergi join kelab Kembara. Kembara ni kelab mengembaralah. Camping, kayak, panjat-panjat dan semualah aktiviti-aktiviti lasak dia. Kelab ni aku join pun sebab ikut kawan coursemate. Lepas kelas ja, semua terus serbu booth kembara.

Then, kami berdua join  FASSA .. Kelab ni kelab budak foundation. Dia uruskan event-event berkaitan budak foundation dan adalah budak-budak sekolah sikit. Pastu, kalau hampa masuk U ni untuk Mei intake ni, kelab ni yang akan uruskan educamp tu. Dan, kalau aku dapat result baik, dan boleh stay sini, dan final exam ni pun ok, dan pass interview, bolehlah aku jadi feci korang untuk MAS nanti. Bolehlah balas dendam. haha.

Pastu, both of us join TEC. Kelab ni baru ja nak start, dan aku sebenarnya tak ingat sangat kelab ni tentang apa. Ok, aku memang tak boleh nak ingat apa-apa tentang TEC. Perkara yang aku ingat, akak tu cakap, booth TEC ni untuk promote event apa entah, dan bukannya nak promosi tentang kelab ni sangat. Kalau tak salah la.

Kesimpulannya, aku tahu aku ni jenis yang memang cakap tak serupa bikin. Dan, aku ni lebih suka ikut orang berbanding be on my own although moto hidup aku *kononnya* be yourself~~ .. konon je la.

Thanks for reading. Nanti pandai-pandailah pilih sendiri nak masuk ko-ku apa anak-anak. Jangan jadi macam mak cik dah la.

^_^ -harini malas nak cari gambar hiasan-

No comments:

Post a Comment