Thursday, April 17, 2014

Sekarang baru aku paham.

Assalamualaikum sis semua~!

So, macam mana dengan lesen-lesen kereta dan motor anda? Dah selesai? :D Tahniah kepada semua yang lepas test JPJ dan semua yang pergi menunaikan umrah masa cuti ni. Great job!

Hari ini saya ingin mengumumkan satu pengumuman yang hampa semua dah tau iaitu ...

I'm on my sem break now! woo .. Mohon pura-pura yang hampa semua bau tahu, haha.

Aku ingat nak habiskan masa cuti aku dengan habiskan semua drama korea, sambung tengok WIN dan WINNER, dan baca novel. Ish, lagha sungguh budak nih. Haih .... berubahlah jadi budak baik sikit. Amin... terima kasih doakan.Memang kawan yang baik la hampa semua nih.


Pastu, tak sabar nak pi majlis graduasi! Owh! Sesungguhnya dah lama aku tunggu. Meskipun ya ... majlis graduasi kita takdak lah gempak macam majlis graduasi sekolah lain, tapi tetap bersyukur yang kita ada majlis graduasi. Finally, we are going to graduate!

Tapi bila dah balik ni macam... haih.. nak mula dari mana ni? cerita apa yang best? buku apa nak beli? best ka? hmm... pastu, rasa macam malas ja nak buat semua ni. haha.

Malam, cepatlah menjelma. Aku suka sangat waktu malam. Bila semua budak-budak kena masuk tidoq, ahh ... nikmat. Rasa seronok nak explore semua benda waktu malam. (Well, computer kami kan kat ruang tamu. Kalau masa petang-petang duk bukak drama korea la, lagu omputih la ... haa ... tak tau lah nak rasa apa.) Pastu, rasa macam dunia ini aku yang punya! haha...boleh buat apa saja.

Sekarang ni, barulah aku paham kenapa setiap kali abang aku balik sini, dia selalu tidoq lewat dan pastilah bangun pun lewat. Dulu bukan main mengkritik. Amboih dia ni, hari-hari tidoq lewat, pastu tengah hari baru nak bangun, agak-agak dia duk buat macam ni kot kat U dia. Tapi, la ni, dengan aku-aku terikut sekali. haha.

Ouh ya, satu benda yang kami tak puas hati. Kenapa drama korea sekarang ni dah makin 'kebaratan'? Bencilah. Dulu, part last ja. Sekarang ... fuh. Kekejaman la hampa semua nih. Tolonglah faham yang banyak budak-budak underage macam saya ni yang menonton... T_T

Perkara terakhir yang kami nak kongsikan ialah insya-Allah kami akan habiskan masa cuti ni dengan menjadi salah seorang pelajar yang akan cuba belajar memandu. Dulu, masa mak aku cakap yang aku ni agak penakut sikit sebab aku tak belajar bawak motor, aku sangat menafikannya *dalam hatila*. Aku tak takut pun belajar bawak motor, cuma masalahnya aku takut dengan motor tu *merujuk kepada motorsikal yang digunakan masa aku belajar bawak moto* dan jalan sempit. Pastu aku macam tak tertarik nak belajar sebab motor tu bunyi kuat sangat dan aku asyik kena pusing-pusing. Dan, since aku pernah bawak motorsikal masa aku darjah enam dulu, i know yg aku sebenarnya bukanlah seorang yang penakut.

HOWEVER, bila mak aku tanya aku sama ada aku nak buat lesen kereta ka tak cuti ni, i got nervous. Macam mana aku nak belajar sedangkan aku tak reti bawak? ya la.. most kawan-kawan aku yang pi belajaq kan, dah belatih kat rumah. Aku? Agaknya beginikah kawan-kawan aku rasa nervous bila depa nak pi dengaq ceramah for the first time.

Aku cuma tanya balik 'sapa nak hantaq pulak nanti'. Ya la, mak ayah kami kan kerja, so sapa nak hantaq pi sana kan? kemudian mak i cakap apa ntah. dan ... ya, just ended like that, which mean ..I'm gonna go to learn about driving during this break. Then, I was wondering whether to tell or not.

Dekat perak tu pun ada institut memandu *aku tahu la semua tempat ada institut memandu, tapi yang ni merujuk kepada institut memandu yang diambil oleh senior-senior dan kawan-kawan aku kat situ*, kalau belajaq kat sana lagi senang. ya lah, depa cakap lesen tak lama tunggu, nak belajaq pun senang sebab ada kemudahan. Lagipun mana sempat nak belajaq selama sebulan kat sini. err ... nak bagi tau ka, tak payah? hmm .... tak payahla. >.< Btw, it's turn out that Faiz may be there too! haha.

Weee ... dah habis cerita aku untuk entri kali ni. Doakan aku belajaq baik-baik nanti dan moga segala urusan kita semua dipermudahkan. Dan, kepada kawan-kawan aku yang dapat tawaran masuk universiti terkemuka-terkemuka negara tuh, tahniah korang!

Thanks for reading, Assalamualaikum!

Stay awesome sis! -dicurik dari Pewdiepie~!

No comments:

Post a Comment