Saturday, November 15, 2014

SSB?

Assalamualaikum kawan-kawanku~! T_T

Selamat sejahtera semua~

Aku sebenarnya nak post pasal benda lain, tapi rasa macam susah sangat nak buat ayat. Oleh hal yang demikian, saya, Maddy Jane atau lebih dikenali sebagai Madi atau Jenah, akan membuat comeback untuk blog saya, dengan entri yang bertajuk ... Saya Sudah Berubah ? *Dekat atas i tulis SSB sebab nak buat ala-ala teaser gitu.. haha*

Dekat universiti aku ni, orang anggap aku ni budak baik. Masa first masuk sini, orang anggap aku ni budak sekolah agama. Wuuu ... initial judgement yang agak tepat di situ.

Tapi, bila depa dah kawan dengan aku, judgement budak sekolah agama tu terus hilang. Erm ... hmm. Aku pun kurang pasti kenapa. 'lol' sangat kan? Of course la orang anggap aku ni budak biasa sebab masa tu aku gedik sangat. Namun begitu, saya tidak kisah, tapi, rasa macam diriku ini agak jahat.

Kemudian, bila dah kawan lama-lama tu, aku rasa macam aku ni 'baik' sikit la. Sebab aku ni asyik senyap ja, tak bukak mulut sangat. Lepas tu kawan-kawan aku jenis suka menyakat orang, aku pulak macam ala-ala budak innocent kononnya.

Jadi, bila aku bukak mulut, menyakat kawan-kawan aku, cakap pasal itu ini, macam yang aku selalu cakap kat sekolah... semua ingat aku dah berubah. Haha. Depa ingat aku dah jadi jahat sebab terpengaruh dengan perangai depa.*Padahal depa tak tau macam mana aku selalu buli hampa semua kat sekolah dulu*

Asal aku buat benda jahat sikit ja, mesti depa cakap 'Weyh, Madi dah berubah'. 'Madi dah lain la sekarang, dia dah berani'. 'Siapa ajaq dia jadi jahat macam ni?'. 'Madi ...'. Kadang-kadang depa siap buat hypothesis lagi, kawan A ajaq aku cakap benda merapu , kawan B ajaq menyakat, C pulak ajaq berangan la. Hakikatnya, depa tak tau yang hypothesis depa tu is unaccepted. Haha.

Banyak lagi kami nak cerita tapi tiba-tiba tak dak mood. Nanti insya-Allah kami sambung. Entri ni pun baru intro ja. Haha

May Allah give the best for us! Amin!

No comments:

Post a Comment