Sunday, June 29, 2014

Bahasa Arab

Assalamualaikum ~!


Walaupun gambar ni nampak mcm lonely, tapi comellah dia cakap dgn semut. haha.

Bahasa arab? Eh, pehal tetiba pasal bahasa arab pulak ni? Haa ...mesti hairan kan kenapa tiba-tiba aku buat tajuk tentang bahasa arab kan?


mari belajar bahasa arab~

Dulu, masa aku pindah ke sekolah adik aku, itulah first time aku belajar bahasa arab. Dan masa tu, tak salah aku, tu la first time dapat semua buku teks secara percuma.  Eh, tak ingat sama ada masa tu, atau setahun sebelum tu. Haha. Sebenarnya aku tak ingat pun dari darjah satu, aku kena beli beberapa buah buku teks sendiri, sampai la tetiba aku teringat perasaan seronok mendapat semua buku teks secara percuma. Entah kenapa, tetiba rasa sedih pulak bila ingat balik. T_T Padahal, dulu aku sedih sebab dah tak boleh buat buku tu macam buku sendiri. *walaupun buku teks aku tu, aku tak conteng sangat pun ...-seingat aku la-*

Berbalik kepada tajuk di atas, masa first belajar bahasa arab tu, aku agak macam bengap sikit la. Orang lain dah reti kira satu sampai sepuluh, aku baru nak belajar mengira. Ish-ish-ish. Dan disebabkan ramai kawan-kawan aku yang cakap depa fail arab, aku belajar main-main jugakla. Tapi, best jugak belajar bahasa arab, lagi-lagi sebab ustaz yang ajar tu. Aku suka tengok baju dia. Hehe.

Ustaz aku suka pakai baju macam ni. Sweater kat luar baju kemeja, tapi lengan tak lipat la.

Dan aku rasa seronok belajar bahasa arab bila markah aku naik kepada B ke A ntah. Selalunya, bila markah exam aku tinggi dalam sesuatu subjek tu, secara automatik, aku akan minat terhadap subjek tu.

Kemudian, bila masuk sekolah menengah, aku still tak lancar lagi mengira dan dari sekolah menengah sebenarnya aku banyak belajar nama-nama benda. Masa sekolah rendah pun ada jugak, tapi ntahla, tetiba lupa pulak.

Sebenarnya, masa mula-mula belajar bahasa arab, aku hanya belajar ja la, macam subjek biasa yang lain. Just belajar. Dan kadang-kadang, aku rasa susah sebab aku asyik lupa nama-nama benda. Tapi, bila tiba-tiba, aku dapat hafal itu ini, tahu nak buat ayat sikit-sikit, aku rasa seronok. Sebab.. entahla. Rasa macam bangga dengan diri aku bila aku ingat nama-nama benda.

Tapi dah tinggal kejap. Haaa... dia dah lupa dah. Sebenarnya, rasanya lupa sebab belajar memang untuk exam ja, jadi ilmu tu dipinjamkan untuk exam ja la kan? Pastu, aku mula rasa susah balik. Dan malangnya kali ni, aku macam malas sikit nak belajar. Tapi kadang-kadang bila belajar, ada la jugak rasa seronok. Mungkin sebab bahasa arab ni senang nak paham, cuma cepat lupa. >.<

Bila masuk u pulak, aku rasa ... wah.. seronoknya tak payah belajar bahasa arab. I mean, bukanlah seronok, tapi ... hmm ... seronoklah. Haish, susah la nak terangkan cerita dia bagaimana. haha. Bagi aku, bahasa arab tu susah bila kita malas, so aku seronokla sebab tak payah belajar bahasa arab. Nampak kan? Sebab aku malas.

credit to owner, tuan thesharkox yang awesome~

Ditakdirkan, suatu hari ni, aku ada kerja dekat bangunan chancellor. Masa tu, sementara nak tunggu orang datang, aku selak-selak suatu suratkhabar nih. Pastu ada ruangan kartun dalam bahasa arab. Kemudian, aku cuba la baca sikit-sikit. Pastu tengok maksud dia. Dan.... masa inilah aku rasa macam rugi sangat aku tak belajar betul-betul dulu. Rugi sangat aku dah lupa semua istilah-istilah bahasa arab. Tetiba rasa macam nak belajar balik bahasa arab. haha. Aicewah, tapi semangat kejap ja la. Pastu hilang balik.

Kalau nak diikutkan jugak, sejujurnya aku rasa rugi sangat sebab lupa semua benda yang kita belajar dulu. Dari tadika ka, sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Kajian tempatan, geografi, kemahiran hidup, semualah. Bila aku belajar semua tu, aku macam 'Laa.. benda ni semua orang belajar kat sekolah ka? Ingatkan orang-orang tertentu ja yang tahu'.

Maksud aku kat sini, contohnya macam sinki kita tersumbat. Kemudian, kita panggil orang untuk betulkan, padahal kita dah pernah belajar macam mana nak selesaikan masalah tu. So, rugi kot. Dia macam... kita tak boleh nak amalkan benda-benda macam tu.

Contoh yang lain pulak, macam bila ada orang jual produk berkenaan sumber tenaga. Dia pun cerita la macam-macam tentang sumber tenaga kat kita. Siap cakap lagi, kat negara ni guna sumber matahari, kat negara tu pulak guna anginlah, ombaklah. Kita pun macam 'wow, hebatnya pengetahuan dia nih'. Kita pun rasa macam depa nih hebat betul belajarnya. Tapi sebenarnya kita dah  tahu semua tu *tak da lah nak kata kat sini kita tau semua benda tu, tapi kita dah pernah belajar secara umum, so kita tahulah sikit. haha*, but then ... kita lupa.

credit to its' owner

Ya, manusia ini memang dijadikan  pelupa. Mudah sangat alpanya. Tapi, rasa macam rugi sangat. Kita belajar bertahun-tahun, tapi semuanya kosong. Macam ... 'apa gunanya kita belajar semua nih tapi in the end .... ?'.

Tapi, aku rasa sebenarnya aku lupa ilmu-ilmu ni sebab mungkin aku tak praktikkan dalam kehidupan seharian aku. Dan mungkin juga berkenaan dengan keberkatan ilmu tu sendiri. Dan, of course, niat aku. Belajar untuk exam ja. Hmmm ...

Okey, itu ja la luahan perasan aku untuk hari pertama Ramadhan tahun ini. Thank you for reading. Sila tegur kalau aku ada buat salah. Selamat berpuasa semua~! Moga kita dirahmati Allah. =)

Insya-Allah, Amin.
                                         

p/s : Tiba-tiba mood baik hari ni. >.<

No comments:

Post a Comment