Friday, May 16, 2014

Selamat berjuang.

Assalamualaikum,

Sekarang dah bulan lima. Dan tak lama lagi semua orang akan masuk universiti, matriks dan sekolah balik. Termasuklah diri aku sendiri~! T_T

Alhamdulillah, aku telah berjaya habiskan cuti sebulan aku. Hebat kan? Walaupun kebanyakannya aku habiskan masa dengan perkara-perkara yang tak berguna, namun aku bersyukur sebab aku ada jugak buat benda-benda yang berfaedah.

Menjaga rumah ni pada setiap hari daripada dimasuki pencuri merupakan amalan yang mulia kot. Hanya orang-orang yang professional dan berjiwa kental macam aku je yang boleh buat okeyh. Tu tak termasuk lagi dengan melatih adik-adik untuk buat kerja-kerja rumah dengan cara yang terhandal meskipun mereka sibuk membaca buku di minggu peperiksaan ini. - sibuk sangatlah adik-adikku membaca buku -

Balik kepada tajuk entri ini, sebenarnya aku nak ucapkan selamat belajar dan berjuang kepada kawan-kawan aku yang bakal menyambung pengajian hampa semua tak lupa juga kepada rakan-rakan yang ingin ke dunia pekerjaan. - aku mengadaptasi ayat raja sebenarnya, haha -

Tahniah sebab berjaya masuk tingkatan 6, matrik, universiti-universiti idaman semua dan tak lupa juga tahniah kepada kawan-kawan aku yang akan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan.

Oleh hal yang demikian, aku berharap semua kawan-kawan aku akan berjaya mencapai impian masing-masing. Tiba-tiba ja aku terasa bangga sangat kalau kawan-kawan aku jadi orang-orang yang hebat suatu hari nanti.

Ingat lagi tak kisah pau Syawa? Yang ceritanya Syawa nak bukak kedai pau pastu nanti buat cawangan segala tuh.Kan bagus kalau nanti memang ada franchise. hehe. Walaupun mungkin bukan pau Syawa, tapi asalkan ada franchise yang dimiliki oleh kawan aku pun, aku bangga. Kalau setakat nak bukak satu cawangan pun perlukan modal lebih kurang sejuta, apatah lagi kalau banyak-banyak. fuyooh. kaya tuh.

Tolonglah belajar rajin-rajin ye~! (sebab aku malas nak belajar, jadi hampa semua kenalah tanggung)

Sekian, terima kasih.

6 comments:

  1. Wey hg keluarkan modal gayah buat bgunan..bwah cabut gigi..atas org beranak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tu superb sangat. haha. nanti boleh la ajak liyana sekali.

      Delete
  2. Madi, selamat kembali ke kampus hehehe. Btw, dah jumpa result?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kamila. A'a dah jumpa dah, kami silap tak bukak guna IE ja. hahah

    ReplyDelete